TRENDING

Ulasan Filem: Class of '83 (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: The Old Guard (2020)


Tahun Terbit |
2020
Pengarah | Gina Prince-bythewood
Pelakon | Charlize Theron, Kiki Layne, Marwan Kenzari, Luca Marinelli

Netflix akhirnya tahu apa yang pelanggannya nak! Selepas agak lama Netflix melabur dalam filem-filem bercorak thriller dan seram, akhirnya diorang ni nampak juga bahawa penonton nak filem bergenre aksi yang mantap dan padu. Netflix pernah buat filem aksi besar dengan Michael Bay melalui 6 Underground. Dan kali ni, bintang Fast and Furious, Charlize Theron pula punya giliran nak beraksi. 

The Old Guard ialah sebuah filem yang diadaptasi dari komik yang mana mungkin tak ramai pun tahu. Come on, korang kenal Marvel dan DC je kan? Same goes to Bloodshotlah! Filem ni merupakan sebuah filem yang menampilkan Charlize Theron dalam sebuah filem yang menggabungkan beberapa lagi nama yang nampak biasa, tetapi masih mampu berkuasa di layar.

Basic plot filem The Old Guard mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang mana mempunyai kebolehan untuk heal diri dorang sendiri dan tidak boleh mati. Namun, kuasa diorang ni bukanlah satu perkara yang permanent. Ada juga yang ada tarikh luput. So, ringkasnya, dalam filem ni adalah seorang manusia ni yang nak sangat kaji diorang untuk dijadikan ubat immortal bagi manusia. So, diorang terpaksa melarikan diri dari dijadikan bahan ujikaji. 

Plot filem ni sememangnya nampak macam tipikal. Macam biasa nampak dalam filem-filem superhero lain. Walaupun plot ni tipikal, aku seakan tidak kisah untuk menonton filem ni kerana ada extra pakej yang disajikan di dalam filem ni. Antara perkara lain yang disajikan di dalam filem ni semestinya paparan aksi yang agak mengagumkan.

Boleh dikatakan filem ni mempunyai aksi yang cukup meriah. Aksi dalam filem The Old Guard ni bukanlah action pack sangat. Namun, bagaimana aksi-aksi itu diselitkan diantara plot-plot kecil menjadikan penonton seperti aku tidak bosan untuk menunggu filem ni sampai habis.

Walaupun aku sikit kecewa apabila plot filem ni akhirnya menjadi seperti sebuah pilot episode untuk siri tv, aku masih berpuas hati dengan keseluruhan filem ni. Aku syak, filem ni sengaja dibuat sedemikian untuk memberi ruang untuk sekuel filem ni di masa hadapan. Tetapi, semuanya masih bergantung kepada green light dari Netflix untuk meneruskan filem kedua dalam francais ini. 

Aku juga tak expect tinggi dengan perjalanan pengembaran watak-watak filem ni. Sebab ianya ialah sebuah filem Netflix, aku dah agak yang watak Charlize Theron ni tidaklah ada screentime yang agak banyak berbanding pelakon lain. Biasalah kan, nak cover bajet, mestilah kena rendahkan screentime pelakon gred A. 

Apapun, aku boleh katakana yang The Old Guard ni bukanlah sebuah filem yang gah, tapi masih boleh enjoy. Korang mungkin expect aka nada villain bad-ass punya dalam filem ni. Tapi, sayangnya apa yang korang harapkan tu memang takkan dapat. Namun, masih lagi korang mampu berhibur setakat apa yang disajikan.

Bagi aku, The Old Guard memang gempak dari segi aksi. Kalau nak dibandingkan dengan filem aksi Netflix Original yang lain, The old Guard sememangnya padu dengan koreografi aksi hand to hand yang memang ditatarias dengan cukup cantik dan gah. Ianya berjaya untuk menutup sedikit kekurangan dari aspek plot filem.

Sebuah filem yang boleh enjoy. Apatah lagi, di usia Charlize Theron yang memang dah tua, pelakon ni masih lagi hebat dan tangkas beraksi seperti filem lakonannya terdahulu, Aeonflux!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Aadai (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Miracle In Cell No. 7 (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Ulasan Filem: Syif Malam Raya (2020)