Ulasan Filem: 7500 (2020)



Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Patrick Vollrath
Pelakon | Joseph Gordon-Levitt, Omid Memar, Aylin Tezel

Cukup lama kita tidak melihat pelakon Joseph Gordon-Levitt dalam filem. Entah kenapa, pelakon ni macam sepi seketika dan aku pun rasa macam perlu tonton lakonannya dalam filem Amazon Original ni yang menampilkan lakonannya. Filem 7500 ni ialah sebuah filem yang bergenre hijacking tapi ianya dipaparkan dalam sudut pandang yang berbeza sekaligus menjadikan filem ni ada aura untuk dilayan.

7500 ialah sebuah filem bercorak aksi rampasan kapal terbang yang diarahkan oleh Patrick Vollrath yang kali pertama menghasilkan filem besar. Dengan barisan pelakon yang minima, 7500 cuba untuk mencuri tumpuan dalam situasi rampasan perang tetapi dipaparkan hanya dari kacamata seorang pilot yang bertungkus lumus di kokpit pesawat.

Filem ni sememangnya akan buatkan korang rasa sesak nafas jika korang meminta-minta scene hijacking seperti dalam filem plane hijack yang biasa. Tiada aksi tangkas mahupun keletah perampas pesawat yang kejam dipaparkan. Malah, situasi di ruang kabin tidak dipaparkan langsung dan menjadikan ianya sedikit kurang selesa.

Tapi, 7500 sengaja bergerak sedemikian hanya untuk memberikan ruang kita melihat bagaimana seorang kapten pesawat cuba untuk memberikan penyelesaian untuk situasi berkenaan. Di dalam filem ni, Tobias lakonan Joseph Gordon-Levitt terpaksa berhadapan dengan pilihan salah betul untuk memastikan pesawat berjaya mendarat. 

Filem ni sememangnya 100% milik Joseph Gordon-Levitt. Sepanjang filem, memang watak lakonannya mencuri tumpuan. Dengan lakonan bersahaja, memang pelakon ini berjaya menampilkan watak seorang kapten yang terhimpit dalam masalah yang sangat sukar untuk diselesaikan. 

Plot filem ni ringkas. Dengan memaparkan situasi di bahagian kokpit pesawat sahaja sepanjang filem, mungkin filem ni mempunyai feeling yang bosan sikit-sikit jika korang expect ianya akan bertukar ke luar kokpit. Ada beberapa bahagian filem yang diisi dengan situasi yang sederhana dan perlukan penambahbaikan.


Feeling intense dan cemas untuk filem ni agak kurang. Itu antara kelemahan filem ni. Namun, usaha untuk paparkan sisi berbeza dalam situasi plane hijacking ni memang dipuji. 

Mungkin filem ni juga agak biasa dan tak berapa nak best apabila perampas yang merampas kapal terbang masih lagi digambarkan sebagai kumpulan militan Islam. Jadi, filem ni seakan-akan membawa trauma tragedi 11 September yang menjadi mimpi buruk Amerika Syarikat dan menjadikan filem ni mempunyai tema yang biasa.

7500 aku sifatkan sebagai sebuah filem yang tidak begitu mengancam. Tidak menarik dan hebat. Tapi, ianya ialah sebuah filem yang ada idea luar kotak. So far, tak ada lagi filem yang paparkan kisah rampasan kapal terbang dengan hanya paparkan situasi di ruang kokpit sahaja. Walaupun idea itu nampak unik, executionnya masih gagal untuk menjadi dengan terbaik.

Sebuah filem mimpi buruk Amerika Syarikat yang mana masih lagi berkisar tentang islamophobia, dan pada masa yang sama mahu bercerita tentang Amerika sebagai hero dalam apa juga situasi pun. Boleh layan untuk enjoy! Tapi, janganlah terlalu letak high expectation.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan