Ulasan Filem: Teman Tapi Bernikah 2 (2020)


Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Rako Prijanto
Pelakon | Adipati Dolken, Mawar Eva de Jongh, Vonny Cornellya

Teman Tapi Bernikah mungkin antara filem Indonesia yang bergenre komedi romantik yang punya rencah rasa yang cukup baik bagi aku. Filem ni memang ada aura yang buatkan aku tertarik. Agak lama aku tidak menonton filem komedi romantik yang punya gandingan yang serasi. Gandingan Vanesha Prescilla dan Adipati Dolken memang diakui cukup mantap untuk menjadikan filem ni hebat dan mantap!

Sayangnya, entah kenapa, sekuel filem Teman Tapi Bernikah ini membuat keputusan untuk membuang pelakon Vanesha Prescilla daripada gandingan hebat mereka. Katanya ada hal peribadi sehinggakan dua pelakon mantap ni tidak boleh bersatu di layar. Sekaligus, gantinya Vanesha Prescilla ialah Mawar Eva De Jongh.

Sejujurnya, bila watak bertukar, semestinya aura filem ni dah lain. Gandingan yang serasi di filem pertama dilihat seakan retak yang cuba untuk ditampung dengan lakonan Mawar yang jauh bezanya daripada Vanesha. Namun, ini mungkin satu kelemahan kecil yang aku rasakan menjadi antara buruknya sekuel ini.

Teman Tapi Bernikah 2 berkisar tentang pasangan Ditto dan Ayu. Kisah dari filem pertama dilanjutkan terus dari penghujung filem pertama dan diteruskan dengan cabaran pasangan ini selepas mereka berkahwin. Jika nak dibandingkan filem ni dengan filem pertama, Teman Tapi Mesra 2 kelihatan membawa konsep yang lebih matang dan isu rumah tangga. 


Disebabkan isu filem ni lebih berat, Teman Tapi Bernikah 2 seakan mempunyai aura yang jauh berbeza dari yang pertama. Filemni seperti tidak memilih untuk banyak bermain dengan komedi romatik tetapi memberatkan isu kekeluargaan yang menjadikannya lebih sedap untuk dilayan. Ada kematangan yang cantik walaupun pelakon asalnya sudah tiada.

Visual filem ni kelihatan begitu enak untuk dipandang. Kerja visual filem ni tidak dinafikan mempunyai aura yang sama seperti filem pertama. Jika diperincikan, filem ni punya kekuatan pada visual yang cukup baik berbanding filem pertama. 

One reason kenapa aku kurang menyukai filem ni ialah kerana pertukaran pelakon utama sahaja. Selebihnya, filem ni sememangnya sebuah filem yang mengajar erti sebuah kehidupan suami isteri dalam era moden. Paparan dalam Teman Tapi Bernikah 2 mungkin jauh dari kehidupan suami isteri era lama, tetapi cukup menjentik di satu dua sisi filem berkenaan. 

Bagi penggemar filem romantik Teman Tapi Bernikah, sekuelnya ini sudah pasti sesuatu yang tidak lengkap jika tidak ditonton. Namun, jangan mengharapkan filem ni sekuat filem pertama. Kerana kekuatan filem pertama sudah separuh terbuang kerana pertukaran karakter. Selebihnya yang tersisa ialah gandingan mantap pelakon utama sekuel ni dalam arca cerita yang lebih matang.

Teman Tapi Bernikah 2 mengungkap sisi perkahwinan yang memang takkan pernah kita lihat dalam suasana percintaan kapel. Ianya sebuah reality kehidupan yang dibikin dalam suasana sinematik yang mengkhayalkan. Sekalipun cinta itu indah dan cantik, tidak semua hari di dalam kisah cinta itu cerah dan meriah. Hujan dan badai pasti ada.

Yang pasti, Teman Tapi Bernikah 2 ialah sebuah perkongsian kisah benar penulisnya yang diadaptasi dengan cukup baik!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan