Ulasan Filem: Lost Bullet (2020)


Tahun Terbit |
2020
Pengarah | Guillaume Pierret
Pelakon | Alban Lenoir, Nicolas Duvauchelle, Ramzy Bedia

Bagaimana kalau Fast and Furious dikurangkan elemen kemengarutan, dibawa kembali ke era filem pertamanya yang memang lebih kepada aksi yang realistik dan sembang pasal kereta? Itulah yang aku rasakan selepas menonton filem Lost Bullet, sebuah lagi filem aksi yang kini sudah boleh dinikmati di laman penstriman Netflix. 

Jangan expect yang Lost Bullet ni ada aksi yang memanjang je macam filem Fast and Furious. Tapi, bagi penggemar filem berkaitan kereta, filem ni sudah pastinya memberikan rasa yang puas. Tanpa babak yang luar biasa dan terlalu melampau, filem ni mampu untuk bercerita dengan baik dan juga senang untuk dilayan.


Lost Bullet ialah sebuah filem dari Perancis yang diarahkan oleh Guilaume Pierret yang mana dibintangi oleh pelakon seperti Alban Lenoir, Nicolas Duvachelle dan juga Ramzy Bedia. Nama-nama pelakon filem ni sememangnya pada aku kurang terkenal tetapi mampu untuk memberikan kualiti lakonan yang cukup baik.

Dari pengarah yang pertamakali buat filem besar, Lost Bullet ialah sebuah filem yang boleh tahan hebat. Ianya juga yang turut menampilkan Alban Lenoir yang juga merupakan bekas pelakon lagak ngeri ini mempunyai babak aksi yang realistik tanpa penggunaan CGI yang maksima. 

Dari watak Lino, dapat kita lihat yang wataknya ini seakan tercipta hasil gabungan Jason Statham dan juga Vin Diesel. Namun, ianya versi Perancis lah. Walaupun pada aku, lakonan Alban Lenoir sederhana sahaja, ianya tetap mampu ditutup dengan pelbagai babak aksi kejar mengejar yang memang memuaskan.

Mempunyai banyak twist yang sememangnya unexpected, Lost Bullet mengisahkan bagaimana Lino yang diupah oleh sekumpulan polis jahat untuk menjalankan misi mereka. Namun, selepas sekian lama, khidmat Lino tidak lagi diperlukan. So, ketika itu, Lino berada dalam pelarian kerana ada polis jahat yang pernah dia bekerjasama yang ingin memburunya atas satu kematian.

Lino perlu mempertahankan dirinya dari disabitkan tuduhan membunuh. So, berjaya atau tak, ituyang menjadi premis dan kejutan untuk filem Lost Bullet! 

Filem ni memang rasa macam tonton filem Netflix biasa. Ada bahagian filem ni yang rancak dengan aksi, kemudian tiba-tiba krik-krik dengan drama yang panjang sebelum bermula aksi seterusnya. Tapi, drama yang dipaparkan pun tetap boleh dinikmati walaupun aku sebenarnya menunggu aksi dan juga aksi kereta yang menjadi plot utama filem ni!

Filem ni mempunyai plot yang ringkas dan mudah untuk difahami. Perjalanan ceritanya juga cukup mudah dan memang tak berbelit. Jadi, kalau korang nak tonton dengan santai, memang tetap boleh difahami dengan mudah. 

Lost Bullet mungkin tidak dapat menandingi kehebatan filem Fast and Furious. Tapi, sekali layan, filem ni tetap mampu untuk memberi rasa yang lain macam sikit dari filem berkenaan kereta yang popular tu. Mungkin aura filem ni masih jauh untuk sampai kepada filem aksi Hollywood, tapi dari seorang pengarah yang pertamakali mengarah filem besar, Lost Bullet memang enjoyable.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan