TRENDING

Ulasan Filem: Class of '83 (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Gemini Man (2019)


Tahun Terbit |
2019
Pengarah | Ang Lee
Pelakon | Will Smith, Mary Elizabeth Winstead, Clive Owen, Benedict Wong

Will Smith kembali lagi dengan sebuah filem aksi yang bercorak sains fiksyen, Gemini Man. Kali ni, dia diarahkan oleh pengarah bukan calang-calang. Siapa lagi, kalau bukan Ang Lee, pengarah filem Life of Pi yang sentiasa mempunyai visi dan misi dalam menghasilakan filem yang cukup unik dan menarik. Tapi, adakah Gemini Man begitu menarik dan mengembalikan aura Ang Lee?

Gemini Man memberikan ruang untuk Will Smith tampil dalam dua karakter berbeza. Jika korang throwback, filem ni menggunakan teknologi memudakan Will Smith untuk memberikan gambaran watak muda dan tua pada masa sama. Ianya pernah digunakan dalam filem Tron: Legacy untuk memudakan watak Jeff Bridges.

Basic filem ni mengisahkan watak Henry Brogan yang bersara dari tugasnya. Namun, dia akhirnya diancam oleh sebuah pihak. Apa yang mengejutkan ialah Henry Brogan mendapati bahawa dirinya terperangkap dengan versi klon dirinya sendiri yang ingin membunuhnya atas arahan pihak atasan. 

Pada aku, Gemini Man memang agak kurang menyengat dari segi aspek penceritaan. Filem ini mempunyai penceritaan yang biasa-biasa sahaja dan gagal untuk memberikan rasa gah terhadap sebuah filem si-fi. Tambah-tambah pula, ianya arahan Ang Lee, semestinya aku menghadapkan sebuah penceritaan yang mantap dan padu.

Konsep filem ni juga seakan berterabur. Entah kenapa, filem ni nampak gagal untuk diadunkan dengan aksi dan tema klon yang diutarakan. Gemini Man kadangkala tak mampu untuk memberikan rasa yang enak sepanjang penontonan dengan penceritaan dan pengembangan watak yang agak biasa-biasa.

Namun, sebagai sebuah filem aksi, ada beberapa syot filem ni memang mantap habis. Aksi filem ni walaupun sikit sangat masih mampu untuk buatkan korang terpegun. Dengan gabungan CGI yang boleh dikatakan mantap, visual aksi kejar mengejar filem ni sememangnya antara scene terbaik di dalam filem ni.

Sayang sedikit dimana CGI watak Will Smith versi muda seakan gagal blend well. Nampak jelas yang wajahnya dan bibirnya ialah animasi. Tapi, percubaan yang dilakukan untuk membawakan watak muda Will Smith memang sebuah percubaan yang menarik. Will Smith masa muda nampak jelas seperti era 90an pelakon tersebut.

Pada aku, filem ni masih ada aura Ang Lee. Cuma, jika ianya dikatakan baik, ianya tidaklah sebaik mana. Gemini Man suffer dengan plot filem yang sederhana dan tidak dikembangkan dengan baik. Malah, bisa Ang Lee sendiri seakan tenggelam dalam membantu menaikkan filem ni dari sisi kelemahannya.

Lakonan Will Smith tidak dinafikan berjaya menjadikan filem ni menarik. Pelakon itu mungkin tidak berjaya membantu menaikkan penceritaan, tapi, at least, bagi yang ingin menonton filem ni, Will Smith ialah sebabnya. 

Filem ini tetap enjoyable di sesetengah bahagian. Sebagai filem aksi, Gemini Man boleh layanlah. Cuma untuk expect filem ni sebagai filem non stop action, memang korang akan menyesallah. Gemini Man ialah naskah Ang Lee yang sememangnya lemah dalam aspek ceritanya, tetapi Ang Lee tetap menampilkan visinya yang masih menjadikan Gemini Man ada sedikit aura.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Aadai (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Miracle In Cell No. 7 (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Ulasan Filem: Syif Malam Raya (2020)