TRENDING

Ulasan Filem: The Old Guard (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Sergio (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Greg Barker
Pelakon | Ana de Armas, Wagner Moura, Brian F. O'Byrne

Aku pada asalnya menonton Sergio, sebuah dokumentari berkaitan watak utama filem ni terlebih dahulu sebelum menonton versi filem. Itupun sebab aku sendiri terkeliru dengan dua filem ini yang menggunakan tajuk yang sama. Dalam dokumentari itulah aku mengenali Sergio ini sebelum aku beralih kepada versi filem.

Korang mungkin tak kenal dan tak kisah pun tentang Sergio. Tapi, ini ialah sebahagian dari sejarah dunia dan juga titik gelap dalam PBB. Dan untuk adaptasi kali ni, memang rasanya menonton versi dokumentari lebih umph dari filem, tapi tetap versi filemnya masih ada kekuatan yang tersendiri.

Pada 2003, pengkalan PBB di Iraq telah dibom dan telah membunuh wakil PBB, Sergio Vieira de Mello yang dihantar ke sana untuk misi menstabilkan kembali Iraq selepas dijajah Amerika Syarikat. Filem ini menggambarkan tragedi itu dan juga melalui flashback, mengembalikan beberapa momen hebat Sergio sepanjang hidupnya.

Filem ni sebenarnya ibarat remake versi dokumentari sahaja untuk watak Sergio. Banyak babak-babak di dalam filem ini ialah remake kepada versi asal yang pernah kita tonton di dalam dokumentari Sergio yang juga turut diterbitkan oleh Netflix. Tapi, uniknya, versi filem mempunyai bumbu rasa extra untuk menambahkan ruang kehidupan Sergio untuk menjadikannya lebih sinematik.

Kalau korang pernah layan siri Netflix Narcos, semestinya korang dah biasa layan pelakon Wagner Moura. Di dalam filem ni, Wagner Moura seakan tidak menjadi Sergio yang sebenar. Ada bahagian-bahagian lenggok Sergio gagal ditiru tetapi pelakon ini masih berjaya untuk memberikan persembahan yang memuaskan.

Filem ni bergenre drama. Jadi, jangan expect untuk korang saksikan babak aksi. Yang ada hanyalah tragedy pengeboman dan beberapa momen hidup Sergio yang disusun secara tak selari untuk menjadikannya unik. Jadi, korang kena alert dengan timeline filem ni yang kadangkala mengelirukan. So, my advice, layan dokumentari Sergio dahulu sebelum layan filem ni.

Aku agak suka dengan filem ni. Walaupun naratifnya agak perlahan, kita masih boleh berjaya untuk hadam perjalanan kisah hidup Sergio. Walaupun kebanyakan babak lebih kepada penceritaan semula dengan tambahan perisa, ianya masih cukup emosional untuk kita tonton.

Sergio bukanlah seorang manusia yang orang ambik kisah pun. Tapi, perjalanan hidupnya sebagai seorang wakil PBB untuk menyelesaikan apa yang Amerika Syarikat dah buat ialah sesuatu yang dikagumi.

Pada aku, Sergio mungkin filem yang bukan untuk semua orang. Some people akan rasa filem ni agak shallow dan boring. Tapi, untuk aku yang memulakan penontonan filem ni selepas menonton dokumentari Sergio, aku rasa filem ni ialah penceritaan semula dan reka babak semula yang boleh dikatakan cukup baik.

Sebuah filem tentang tokoh keamanan yang kini sudah dilupakan. Ya, ianya bukan sejarah kita. Tapi, mengenal Sergio cukup untuk menambah satu lagi ilmu dan kisah baru di sebalik tragedi penjajahan US terhadap Iraq yang kini sudah jadi titik hitam dalam sejarah dunia.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Bulbbul (2020)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: The Man Without Gravity (2019)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Ulasan Filem: The Old Guard (2020)

Ulasan Filem: Da 5 Bloods (2020)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]