Ulasan Filem: Bigil (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Atlee Kumar
Pelakon | Vijay, Jackie Shroff, Kathir, Daniel Balaji

Buah tangan terbaru lakonan Vijay ni pelik, tapi asyik. Ianya satu campuran dos dos yang tak pernah aku lihat dalam filem sukan. Elemen Bigil memang pelik. Tapi, ianya sebuah mixture yang menepati kehendak penonton sejagat filem Tamil. Dengan sulaman elemen yang cukup untuk buatkan kau bermosi dan geram, Bigil ialah naskah sukan samseng yang memuaskan.

Bigil dari pengarah Atlee Kumar ni memang luar biasa. Terkejut juga apabila elemen samseng dan sukan bola sepak dimasukkan dalam sebuah filem. Pada awalnya, tertanya-tanya bagaimana dua filem ni boleh berpadu. Boleh ke elemen samseng, aksi dan juga sukan bola sepak dimasukkan dengan baik untuk filem Tamil?

Nah, filem ni dah buktikan. Elemen samseng dan sukan boleh bergabung. Even filem sebegini nampak tak realistik seperti filem sukan yang lain, ianya cukup untuk memuaskan penonton filem Tamil yang sudah sebati menonton filem berentak samseng dan aksi. Elemen sukan dan aksi disuntik baik menjadikan naratif filem ni mewah.

Dalam filem ni, Vijay melakonkan dua watak. Tak hairan mana sebab banyak pelakon Tamil melakonkan lebih dari dua watak dalam banyak filem lain. Dalam filem ni, Vijay berperanan sebagai ayah dan juga anak. Watak anak pula melalui dua era iaitu era muda dan juga dewasa. Masing-masing dilakonkan dengan baik oleh Vijay.

Secara ringkasnya, first half filem ni bercerita tentang background watak Michael, seorang anak samseng yang minat sukan tetapi dihalang minatnya disebabkan diskriminasi terhadap bapanya yang mana seorang samseng. Di fasa kedua filem, kita diperlihatkan dengan Michael yang menggantikan rakannya untuk bawa satu pasukan pemain bola sepak wanita ke satu perlawanan bola sepak.

Filem ini memuntahkan elemen aksi tipikal pada separuh masa pertama. Di situ, banyak aksi dan juga elemen samseng yang dipaparkan. Elemen komedi dan romantik dipaparkan cukup rasa. Di fasa dua, filem ni menyuntik elemen sukan yang memang cukup baik. Ada rasa geram, semangat dan juga patriotik yang ditanam baik!

Naratif Bigil mudah dan santai. Elemen bola sepaknya tidaklah terlalu detail seperti filem bola sepak Hollywood. Kalau kau bukan fan filem berentak bola pun, kau masih boleh layan dan terhibur sebab elemen lainnya sangat menangkap. Selain sukan, filem ni bercakap tentang peranan wanita dan penghormatan terhadap kaum hawa.

Menariknya, tidak seperti filem Vijay yang lain, Bigil tidak memberikan ruang untuk Vijay menjadi tumpuan besar di separuh masa kedua. Filem ni bukan sepenuhnya milik Vijay tetapi barisan pelakon bola sepak wanita yang meriah dengan pelbagai background. Ada mangsa simbah asid, mangsa buli fizikal dan lain-lain. Meriah.

Lagu gubahan A.R Rahman memang meriah. Ianya cukup untuk menampilkan mood filem sukan yang memang meriah dengan tiupan bunyi wisel dan juga sorakan penonton.

Yang paling mengujakan, elemen CGI filem ni memang terbaik. Filem ni menggunakan latar stadium yang memang dijana menggunakan teknik CGI. Walaupun jelas kelihatan stadium itu CGI, tetapi gabungan padang sebenar dan elemen CGI bersatu dengan baik sekaligus menjadikan suasana permainan bola sepak sentiasa rancak.

Bigil ialah sebuah sukan yang memang tak meletakkan sukan bola sepak dalam suasana yang betul betul terperinci. Ianya sebuah filem bola sepak yang dibikin dengan kemeriahan suasana filem Tamil yang biasa. Namun, adunan ini berjaya memberikan sebuah filem yang cukup menghiburkan dan menarik untuk ditonton.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan