TRENDING

Ulasan Filem: Daulat (2020)

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Ghost Stories (2020)


Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Karan Johar, Dibakar Banerjee, Zoya Akhtar, Anurag Kashyap
Pelakon | Mnural Thakur, Avinash Tiwari, Janhvi Kapoor, Raghuvir Yadav

Kalau korang penggemar filem antologi Lust Stories yang menggandingkan empat pengarah dalam filem pendek bergenre romantik sensual, sekarang ini, korang boleh pula alih perhatian melihat pengarah filem yang sama mengarahkan filem berentak seram. Adakah filem ini mampu membawa aura dari filem Lust Stories?

Jawapan ringkasnya, tak! Tidak sama sekali. Entah kenapa, pengarah hebat Anurag Kashyap, Dibakar Banerjee, Zoya Akhtar dan Karan Johar seakan hilang sengat dalam menghasilkan filem berentak seram. Ada seperti banyak rasa yang kurang dalam penghasilan antologi ini yang menjadikan filem ni agak membosankan.

Ghost Stories mempunyai koleksi filem pendek yang berusaha untuk menyeramkan, tetapi seakan gagal mencapai orgasmnya. Kekuatan penceritaan setiap filem nampak gagal untuk menyulam rasa seram dan juga menjadikan keempat-empat filem pendek ini memorable. Mungkin jika dipilih-pilih, filem pendek Karan Johar mungkin memorable sedikit dari filem lain.

Karan Johar seakan tahu untuk membikin filem yang ringan dan tak semakkan kepala. Seperti filemnya dalam Lust Stories, Karan Johar mampu untuk membawa filem yang ada auranya yang tersendiri. Walaupun pengarah ini tidaklah hebat mana dalam pembikinan filem seram, sekurang-kurangnya ianya ada hasil yang berbuah sedikit.

Tiga lagi filem lain punya perjalanan cerita yang tidak straight forward. Twistnya kadangkala perlukan pelbagai interpretasi sekaligus menjadikan ianya agak membosankan. Apatah lagi, filem yang bertemakan ghost ini tidak menjanjikan jumpscare yang menjadikan sesebuah filem seram itu menyeramkan.

Ya, tiada jumpscare dalam filem ni. Di empat-empat filem, semuanya berpaksikan penceritaan dan mengharapkan penonton berasa kagum dan takut dengan worst-case scenario yang dipaparkan. Tapi, sayangnya, ianya tidaklah berjaya untuk membungakan rasa yang baik untuk seluruh filem. Setiap filem yang berdurasi lebih kurang 20 minit lebih terasa begitu panjang untuk ditonton.

Mungkin satu aspek yang menarik untuk ditonton ialah bagaimana filem ni membawa persembahan yang lebih Hollywood dari Bollywood. Percubaan ini ialah sesuatu yang begitu baik. Tetapi, Ghost Stories tidaklah sehebat cita-citanya. Mungkin lebih banyak lagi pengarah filem seram dari Bollywood yang boleh dikompilasikan berbanding keempat filem ni yang mahir dalam genre mereka sendiri.

Apapun, Ghost Stories kelihatan seperti sebuah antologi yang dipaksa. Tiada roh yang baik dan hebat seperti Lust Stories. Mungkin untuk genre romantik sensual, keempat-empat pengarah ini berjaya tampil dengan idea yang baik. Tetapi, bila terus shift genre kepada filem seram, keempat-empat pengarah ini seakan-akan mengarahkan genre yang bukan kekuatan mereka.

Ianya sebuah filem antologi yang membosankan Tiga darinya mungkin berada di level kebosanan paling dalam. Aku hanya menunggu filem Karan Johar sahaja yang ada aura yang lebih ringan dan menarik sedikit untuk ditonton. Tetapi, sayangnya, untuk sebuah filem antologi, ianya gagal untuk menambat hati aku.

Mungkin di masa hadapan, empat pengarah hebat ni perlu mengarahkan genre yang diorang mahir sahaja. Mencuba itu tak salah. Tapi, kalau mencuba dan gagal, ianya sesuatu yang mengecewakan penonton.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)

Pelakon Francais Filem 'Taxi', Dahulu dan Kini

Ulasan Filem: Gully Boy (2019)

Ulasan Filem: Panipat - The Great Betrayal (2019)

Ulasan Filem: Bird Box (2018)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Dukun' [SPOILER ALERT]