TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Oththa Seruppu Size 7 (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Parthiepan
Pelakon | Parthiepan

Bagaimana jika sesebuah filem itu hanya mempunyai seorang pelakon sahaja, dan diterbitkan dan skripnya ditulis oleh seorang pelakon sahaja? Korang rasa, ada ke filem macam tu kat dunia ni? Jangan kata tiada, sebab Oththa Seruppu Size 7 ialah jawapannya. Korang jangan terkejut dengan filem Tamil ni, sebab filem ni rare sangat.

Apasal yang rare sangat dengan filem Oththa Seruppu Size 7 ni? Filem ini dilakonkan oleh Parthiepan seorang diri. Ya, dari awal filem sehingga akhir filem, hanya watak lakonannya sahaja yang muncul di dalam filem ini. Selain berlakon, Parthiepan juga turut menulis lakon layar filem, mengarah dan juga menerbitkan filem ini.

Ini ialah sebuah filem yang boleh aku katakan sebagai mengevolusikan dunia sinema Tamil. Percubaan untuk mencipta naskah yang rare tetapi masih cukup sedap untuk dilayan bukanlah senang. Tidak hairanlah jika filem ini mana ditayangkan buat pertamakalinya di Singapore South Asian Film Festival ini telah dimasukkan dalam Asia Book of Records dan India Book of Records! Cayalah wei!

Secara ringkasnya, apa yang korang bakal lihat dalam filem ni ialah tentang satu siasatan yang berlaku di dalam sebuah bilik siasatan balai polis. Watak yang kita nampak secara fizilanya semestinya watak lakonan Parthiepan, seorang lelaki yang dituduh membunuh beberapa suspek. Beberapa watak lain pula hanyalah ditunjukkan melalui suara sahaja. Sepanjang filem, Parthiepan bercerita, dan kita pula mendengar.

Permulaan filem ni memang agak merimaskan bagi siapa yang tidak biasa dengan filem sebegini. Ada rasa dan keinginan untuk melihat watak-watak lain yang berada di sekitar. Rasa tidak puas untuk hanya mendengar suara sahaja. Tapi, itulah hakikat filem ni. Hanya ada satu karakter sahaja yang kelihatan di dalam filem ini.

Jika korang jenis yang suka tidur dan skip-skip layan, filem ni juga bukan untuk korang. Jika filem lain selalunya bergantung kepada elemen babak dan juga lakonan untuk memberikan rasa dan bercerita, Oththa Seruppu Size 7 hanya bergantung kepada dialog dan juga monolog. Tidak ada ruang untuk korang lari dari memandang skrin, sebab setiap detail cerita semuanya dipersembahkan dalam dialog.

So, betterlah bagi yang tak suka baca subtitle, boleh skip filem ni sebab ianya ibarat membaca novel yang cukup panjang, tetapi enak dilayan bagi sesetengah orang. Yelah, sebab kita ni bukan faham Tamil, so memang we need to read lah kan.

Bagi sebuah filem yang hanya berlokasi satu tempat sahaja, kebijakan untuk menggunakan visual untuk menggambarkan emosi dan juga situasi amat dibanggakan. Oththa Seruppu Size 7 berjaya untuk menghidupkan rasa menonton walaupun berbekalkan satu watak sahaja. Kerja kamera yang bagus menambahkan jiwa filem ini.

Aku rasa, Oththa Seruppu Size 7 ialah naskah yang cukup rare. Ianya ialah sebuah filem yang rasanya tak pernah lagi ada dalam sinema Tamil. Dan dengan menjadi rare, filem ini berjaya berdiri dengan penceritaan yang cukup segar dan cukup rasa. Memang kalau korang nak layan filem Tamil yang tiada lagu, aksi lasak melampau, memang Oththa Seruppu Size 7 memenuhi kehendak korang!

Memang sebuah filem thriller yang cukup rare!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Filem 'Dolittle' Dijangka Bakal Gagal Teruk Di Pawagam

Telan Belanja RM20 Juta, 'Bakara' Pertaruh Kisah Benar Tragedi Black Hawk Down

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Reboot? Remake? Sekuel? Prekuel? Spin- Off? Cross-Over? Apa Tu?

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: The Irishman (2020)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Will Smith Dan Martin Lawrence Bakal Kembali Dalam 'Bad Boys 4'

Ulasan Filem: Geran (2019)