TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Dolemite Is My Name (2019)



Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Craig Brewer
Pelakon | Eddie Murphy, Wesley Snipes, Keegan-Michael Key

Eddie Murphy yang sudah lama menyepi selepas tiga tahun tidak berlakon filem kini kembali. Siapa sangka, pelakon komedi yang cukup lejen ini ada sisi serius dan luar biasa yang belum lagi dilihat oleh siapa-siapa. Dolemite Is My Name ialah sebuah kebangkitan untuk pelakon ini selepas beberapa filemnya agak gagal menaikkan namanya seperti di era 90an dulu.

Dolemite My Name ialah sebuah filem yang menggabungkan elemen komedi, biografi dan juga penceritaan yang bersahaja. Sebagai sebuah filem biografi, Dolemite Is My Name melanggar gaya penceritaan biografi yang selalunya berat dan serius. Melalui filem ni, biografi watak Rudy Ray Moore ibarat sebuah sketsa pendek yang dicantum-cantumkan.

Filem ini diarahkan oleh Craig Brewer yang sebelum ini pernah mengarahkan filem remake Footloose pada 2011 dan Black Snake Moan pada tahun 2006. Craig Brewer juga dilaporkan akan mengarahkan filem terbaru Eddie Murphy, Coming 2 America yang bakal menjalani penggambaran kelak dan mungkin ditayangkan sekitar Disember 2020.

Filem yang boleh aku sifatkan sebagai sebuah filem yang santai ini menceritakan perjalanan kisah hidup Rudy Ray Moore, seorang lagenda dalam dunia komedi kulit hita pada era 70an. Rudy Ray Moore juga digelar king of rappers kerana kebolehannya untuk membina ayat-ayat berima. Alah, kalau orang melayu, kita panggil pantun dua kerat.

Fokus utama Dolemite My Name ialah bagaimana Rudy Ray Moore menjadi stand up comedian dan kemudiannya menceburkan diri dalam dunia perfileman dengan menerbitkan filemnya sendiri. Sepanjang filem, kita melihat bagaimana Rudy Ray Moore cuba untuk membikin filem tentang hidupnya dengan pelbagai halangan.

Pada aku, penceritaan filem ni cukup santai. Korang tak perlu stress kepala mendengar dialog dan babak. Memang filem ni sangat ringkas dan boleh enjoy. Penuh dengan babak-babak yang mencuit hati, Dolemite Is My Name sekaligus menaikkan kembali Eddie Murphy sebagai pelakon komedi versatile yang kembali dari ‘kubur’.

Dolemite My Name juga merupakan filem Eddie Murphy kedua yang diklasifikasikan sebagai R-Rated selepas filem pertamanya, Life yang ditayangkan pada tahun 1999. Kalau dah R-Rated, korang boleh agaklah level komedi filem ni. So, kalau korang nak tonton filem ni dengan budak-budak, pastikan diorang tu dah matang. Sebab ada babak agak tak sesuai dan juga dialog ‘f words’ yang bersepah.

Filem ini bukan sahaja memberikan Eddie Murphy ruang untuk buat comeback bagi Eddie Murphy. Pelakon yang popular dengan watak Blade, Wesley Snipes juga memang terbaiklah. Watak lelaki lembut lakonannya cukup menarik untuk ditonton. Agak rare untuk melihat Wesley Snipes yang sado tu berlakon lembut. Memang terbaiklah walaupun lakonannya hanyalah tempelan dan tiada naratif yang besar.

Gabungan Eddie Murphy dan Wesley Snipes menjadikan filem ini yang dipenuhi pelakon kulit hitam yang cukup memuaskan. Dari segi lakonlayar, komedinya dan juga visual, semuanya cukup sifat untuk sebuah filem biografi yang ringan.

Jarang untuk kita melihat Netflix menerbitkan filem berunsur komedi sebegini. Dan nampaknya, Dolemite Is My Name berjaya memberikan jiwa dan keseronokan untuk sebuah filem bergenre Netflix Original. Gabungan Eddie Murphy dan Wesley Snipes seakan-akan gabungan dual agenda dari era 90an yang mana punyai minat tersendiri.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'

Raja Ilya Dedah Sebab Sebenar Dia Tolak Tawaran Berlakon Filem Marvel

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Novel 'Ombak Rindu' Bakal Diadaptasi Ke Drama Untuk Siaran Iflix

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?