Ulasan Filem: In The Shadow of The Moon (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Jim Mickle
Pelakon | Boyd Hoolbrook, Cleopatra Coleman

Kalau korang penggemar filem time travel dan juga mind fuck, korang boleh layan filem terbaru yang berada di Netflix, In The Shadow of the Moon. Tajuknya memang panjang, tetapi cukup untuk menggambarkan betapa gilanya idea filem ni. Tapi, kalau korang takut untuk layan filem ni sebab filem ni terlalu kompleks untuk dihadam, tunggu dulu. Baca sampai habis!

Pada aku, In The Shadow of the Moon ni ialah filem time travel yang ringkas je. Takdelah pening kepala sangat. Cukup sesuai untuk newbie yang baru cuba untuk menonton filem bergenre sebegini. Kisahnya cukup senang, tetapi bagi penonton filem time travel yang dah biasa, konsep filem In The Shadow of the Moon memang boleh layan.

Alkisah filem ni bermula pada tahun 1988 dimana berlakunya beberapa kematian mengejut pada satu malam. Seorang pegawai polis, Thomas Lockhart cuba untuk menyelesaikan kes misteri ini namun berakhir dengan kegagalan. 9 tahun kemudian, kes yang sama berlaku. Dan Thomas percaya bahawa kes ni berlaku setiap 9 tahun. Dan dia menunggu 9 tahun lagi untuk pembongkaran yang dia tidak pernah duga!

Filem ini menggunakan latar masa yang agak panjang. Dari tahun 1988 sehinggalah tahun 2009, filem ni bergerak melihat Thomas bergelut dengan hidupnya kerana obsess dengan kes pembunuhan tersebut. Pada masa yang sama, kita diperlihatkan dengan kehidupan peribadi Thomas yang mana diabaikan hanya untuk sebuah misi peribadinya, mengejar pembunuh dari masa depan!

Yup, filem ni ada elemen rentas masa yang menjadikan misteri pembunuhan filem ni lebih menarik untuk dilihat sebagai sebuah filem penyiasatan biasa. Ianya adalah antara elemen yang menyama tarafkan filem ni kepada filem time travel setara seperti Looper, dan beberapa lagi.

In the Shadow of the Moon berfokus kepada watak Thomas Lockhart yang dilakonkan oleh Boyd Hoolbrook. Boleh dikatakan bahawa lakonannya cukup cemerlang untuk setiap garis usianya. Kita diperlihatkan dengan pelbagai rupa dan juga perubahan sikap saat Thomas menganjak dewasa hanya untuk sebuah misi gila.

Filem ni boleh dikatakan penuh dengan drama. Kalau korang nak harapkan filem yang penuh dengan aksi, In the Shadow of the Moon bukanlah filemnya. Di awal filem, filem ni bergerak sedikit lambat, tetapi penantian penonton mungkin terubat apabila Thomas cuba memburu pembunuh misteri yang datang dari masa depan itu.

Ada beberapa babak aksi yang cukup mengujakan. Tapi, tak banyaklah. Namun, babak aksi tu hanyalah sekadar menghiasi sekali sekala skrin dengan amaun yang biasa-biasa. Adegan awal filem memang cukup baik untuk membuka ruang kepada akal penonton untuk bersedia dengan apa yang mereka bakal tonton.

Pada aku, In the Shadow of the Moon ni bukanlah filem time travel yang kompleks dan bukanlah sempurna. Tapi, ianya boleh dikatakan cukup enak untuk dilayan bagi penggemar filem bergenre sebegini. Bagi yang baru nak berjinak dengan filem bergenre sebegini, filem ni juga sesuai. Ianya sebuah filem time travel yang mudah, boleh dijangka dan baik untuk sebuah hiburan santai.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan