Ulasan Filem: Seven (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Nizar Shafi
Pelakon | Havish, Rahman, Nandita Swetha, Regina Cassandra

Selalunya, kalau kita layan filem Tamil, kita selalu menghadapkan sebuah filem yang dipenuhi dengan twist. Yup, Tamil movie dan sinema India keseluruhannya memang pakar dalam patah riuk untuk membina plot twist, tetapi kadangkala, terlalu mematahkan sangkaan penonton dalam plot twist tanpa berhati-hati juga akan menjadikan sesuatu filem itu penuh plot hole.

Inilah yang terjadi kepada filem Seven (juga dieja 7) yang mana diarahkan oleh pengarah Nizar Shafi. Filem ini pada asalnya dihasilkan dalam Bahasa Tamil sebelum dibikin juga dalam bahasa Tamil ini punya premis yang cukup menarik, tetapi seperti mana yang dikatakan, plottwist filem ni ibarat pisau yang mencarikkan baju yang sudah pun cantik.

Secara ringkasnya, Seven mengisahkan tentang seorang polis yang menyiasat kehilangan seorang lelaki bernama Karthik. Yang pelik tentang kehilangan ini ialah, empat orang perempuan telah membuat laporan tentang kehilangan lelaki ini dan mereka kesemuanya mengaku pernah menjadi isteri kepada Karthik.

Plot yang rumit dan penuh dengan tanda tanya ini memang menjadi sesuatu yang membuatkan semua orang memakukan mata ke layar untuk menonton. Ianya seperti sebuah misteri yang segar dan tak pernah ada lagi dalam mana-mana filem. Tapi, sayangnya, misteri ini hanyalah bermula dengan baik hanya untuk menjadi lebih teruk di pertengahan hinggalah ke penamatnya.

Penamat filem ni antara factor yang merosakkan filem ni. Sayang seribu kali sayang, sebuah kisah yang nampaknya cukup baik diakhiri dengan twist yang tak cukup padu dan juga sangat penuh dengan pelbagai tanda tanya. Penyelesaian filem ni tidak menyelesaikan banyak perkara lain di dalam filem ni sekaligus meninggalkan plothole tanpa jawapan.

Terlalu banyak twist yang disimpan untuk dijawab di akhir filem menjadikan filem ni agak penat untuk ditonton. Banyak persoalan disumbat sumbat sehinggakan filem ni sendiri gagal untuk menjawab persoalan yang mereka sendiri bina. Ianya cukup mengecewakan di situ.

Namun, dari satu sisi, filem ni agak mengejutkan apabila durasi filem ni kurang dari 2 jam. Tiada lagu dan babak tarian diselitkan. Tetapi, filem ni memang agak banyak memaparkan babak ranjang yang mungkin agak kurang sesuai untuk penonton bukan dewasa. Ianya boleh disifatkan sebagai filem Tamil generasi baru!

Jujurnya, aku mengharapkan Seven mempunyai pembinaan plot yang lebih kemas dari apa yang aku lihat. Sayangnya, apa yang dah terjadi tak mampu lagi nak diperbaiki. Setelah aku menonton filem ni, aku merasakan bahawa Seven ialah antara filem thriller Tamil/Telegu yang amat buruk dan gagal sepenuhnya.

Walaupun filem ni punya sinematografi yang cukup cantik, ianya gagal untuk menyelamatkan keseluruhan filem ni daripada rebah tersungkur. Sayang sungguh, sebuah filem dengan idea yang baik ini gagal untuk menyerlah di dalam sinema Tamil generasi baru yang cukup berani menampilkan idea luar kotak!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan