TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Super Deluxe (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Thiagaran Kumaraja
Pelakon | Vijay Sethupathi, Fahadh Faasil, Samantha, Ramya Krishnan

Selesai menonton filem ni, memang nak rasa nak tepuk tangan, bangun bersorak dan bercerita kat orang. Ianya memang sebuah filem Tamil yang memang luar kotak dan lain dari yang lain. Ideanya sehinggalah kepada garapannya cukup baik sehinggakan filem ni berjaya berpisah daripada pelbagai filem Tamil yang ada di dalam dunia sinema Tamil.

Super Deluxe seperti mana tajuknya memberikan kita empat buah cerita yang mana berlaku di dalam satu ‘universe’ yang tersendiri. Setiap karakter akan mempunyai kisah masing-masing dan tidak ada kaitan pun dengan kisah yang lain. Tetapi, karakter-karakter itu akan bertingkah dan masuk ke dalam kisah yang lain dan menjadi ejen twist kepada setiap plot.

Menonton filem ni di Netflix memang takkan buat kita bosan. Memang kita akan gagal untuk memahami perkaitan setiap kisah dan karakter, namun, di akhirnya, apa yang disampaikan memang mindblown dan tidak disangka-sangka! Dan in the end juga, kita tahu bahawa apa yang nak disampaikan mempunyai falsafah yang tersendiri dan mampu untuk membuat kita berfikir.

Kalau ditanya akulah, mana satu kisah yang paling menarik untuk aku rekemen, aku rasakan semuanya best. Ada kisah pasal seorang anak yang tunggu bapak dia balik setelah sekian lama. Tiba-tiba, bapak dia balik dan muncul sebagai seorang mak nyah. Ada kisah sekumpulan lelaki yang nak tonton filem porno, tapi in the end, diorang dapati mak diorang yang berlakon filem porno tu.

Setiap kisah di dalam Super Deluxe memang pelik dan memerlukan fikiran matang. Isu yang dipaparkan dalam filem ni memang sedikit sensitif tetapi dipersembahkan dalam gaya yang santai dan cukup menghiburkan. Jadi, kalau korang expect filem ni macam filem Tamil biasa yang penuh dengan aksi melampau dan romantiknya, filem ni bukan untuk korang.

Selain penceritaan yang padu, dan juga pelbagai kisah yang memang rare dalam dunia filem Tamil, aku terpesona dengan editing filem ni yang cukup unik. Memang ianya berbeza dengan filem Tamil yang lain sehinggakan kita dapat melihat seolah-olah generasi baru filem Tamil sedang bersedia untuk takeover dunia sinema Tamil sedia ada.

Aku juga terpesona dengan bagaimana pengarah mengekalkan alur cerita setiap watak dengan baik sehingga ke penrincian masa. Ianya memang sesuatu yang jarang kita saksikan di dalam dunia filem Tamil apabila segala aspek diperincikan dengan baik untuk mengekalkan momentum kisah yang ingin diceritakan.

Memang tidak dinafikan, Super Deluxe ialah filem Tamil yang memang genius. Ianya ialah sebuah persembahan yang cukup unik dan tidak pernah ada lagi dalam sinema Tamil. Jiwa filem ni berjaya menerobos pelbagai peminat filem yang selama ini skeptikal dengan paparan di dalam filem Tamil.

Super Deluxe pada aku ialah sebuah filem yang a must watch! Kalau korang nak rasa kelainan dalam filem Tamil, this is it. Filem ni memang sesuai untuk korang. Dari kisahnya, editingnya dan juga momentum penceritaannya semuanya cukup luar biasa dan ‘super deluxe’. Korang mungkin mula merasakan nafas baru sinema Tamil yang luar biasa dengan filem ni.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Watak Han Mungkin Akan Muncul Semula Dalam Filem 'Fast & Furious 9'?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Disney Beri Lampu Hijau Untuk Terbitkan Sekuel Filem 'Aladdin'

Kevin Feige Dedah Nasib Mangsa Petikan Jari Thanos Yang Berada Di Atas Kapal Terbang

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Asal Usul Sebenar Ayat 'I Love You 3000' Dalam Filem 'Avengers: Endgame'

Wesley Snipes Akan Lakonkan Watak Antagonis Dalam 'Blade' Versi MCU?

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]