Ulasan Filem: Point Blank (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Joe Lynch
Pelakon | Anthony Mackie, Frank Grillo

Bagi penggemar filem saspen thriller, apa kata korang try layan filem Point Blank yang kini sedang bergentayangan di penstriman Netflix. Filem yang menggabungkan Frank Grillo dan juga Anthony Mackie ini bukan calang-calang. Ianya ialah sebuah filem yang sudah diadaptasi ke banyak versi sebelum ianya singgah ke Hollywood untuk menerima adaptasinya. Oh, Tamil juga ada tau!

Point Blank ialah sebuah filem yang mana merupakan remake kepada filem dengan tajuk yang sama terbitan negara Perancis pada tahun 2010. Filem tersebut mendapat pujian kerana penceritaan dan karakternya. Korea sebelum ini sudah remake filem ni dengan tajuk The Target pada tahun 2014. Dan tahun 2019 menyaksikan Hollywood dan Tamil remake filem tersebut.

Ringkasnya, filem ini mengisahkan bagaimana seorang jururawat lelaki terpaksa melalui perjalanan yang sukar setelah dia bertemu dengan seorang pesakit yang merupakan seorang pesalah. Namun, semakin dia mengikuti perjalanan pesakit yang diburu polis itu, semakin banyak pembongkaran terjadi.

Agak menarik untuk melihat gandingan Anthony Mackie dan Frank Grillo buat pertamakalinya. Gandingan yang agak janggal tetapi mungkin sesuatu yang unik. Anthony Mackie kelihatan cuba untuk hilangkan aura ‘watak utama’ kerana penonjolan seharusnya diberikan kepada Frank Grillo. Tapi, sayangnya, dua pelakon ni seakan-akan berada pada level yang sama sekaligus menjadikan watak mereka seakan bersaing untuk menyerlah.

Mungkin filem ni harus meletakkan satu sahaja nama pelakon gred A sebagai watak utama. Menjadikan Anthony Mackie sebagai watak jururawat lelaki seakan tak kena kerana pelakon itu semestinya seorang yang dikenali ramai kerana memainkan watak Falcon dalam dunia MCU. Ambil maklum bahawa watak Anthony Mackie dan Frank Grillo bukanlah memainkan watak seorang rakan, jadi memang dua nama besar dalam satu filem sedikit mendatangkan masalah.

Perjalanan cerita ini memang nampak fast paced. Seawal permulaan filem, kita dipersembahkan dengan pelbagai kejadian sehingga ke klimaks. Namun, filem ni tidak mempunyai momen yang berani mencuba. Remake ini seakan-akan biasa sahaja dalam persembahan penceritaannya. Seperti filem Netflix lain, dramanya dilebihkan dan aksinya pula ala kadar sahaja.

Dengan pengembangan plot dan karakter yang separuh masak, Point Blank seakan-akan masih belum sampai orgasm. Ada sesuatu yang tertinggal iaitu jiwa filem Gred A yang seharusnya ada. Tapi, tak mengapa sebab ini ialah filem terbitan Netflix. Jadi apa yang kita harapkan sekadar apa yang ada sahaja.

Pada aku, gandingan Anthony Mackie dan Frank Grillo seakan api bertemu api. Dua duanya seakan cuba untuk membakar dan memberikan cahaya. Tapi, in the end, kita yang pening nak melihat kepada watak mana yang lebih penting. Pemilihan dua karakter lakonan dua pelakon Gred A ini seakan tidak kena dan seperti berlaku persaingan karakter di dalam filem ni!

In the end, filem ni membuktikan bahawa remake Hollywood tak semestinya best. Point Blank suffer from storytelling yang hambar, tetapi aksi dan twistnya mampu untuk menyelamatkan filem ni. Mungkin pemilihan Anthony Mackie dan Frank Grillo dilakukan untuk menarik penonton yang mengetahui bahawa dua pelakon ini pernah bersama dalam filem MCU. Sayangnya, gandingan mereka kelihatan seperti sebuah persaingan untuk menyerlahkan siapa lagi utama!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan