Ulasan Filem: Stree (2018)



Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Amar Kaushik
Pelakon | Rajkummar Rao, Shradda Kapoor, Pankaj Tripathi

Recently, semenjak dua tiga tahun ni, Bollywood nampaknya berjaya menghasilkan filem yang mana luar dari kebiasaan. Paling unik, filem sebegini membesarkan lagi peminat Bollywood yang mahukan Bollywood yang lebih dari sekadar filem dengan latar lagu dan juga drama. Selepas Andhahun yang membuka kotak fikiran, maka Stree muncul pula dengan citarasa yang sama.

Stree ialah sebuah filem komedi dan seram. Nampak macam biasa sahaja. Apa yang ada sangat dengan filem komedi seram. Malah, filem Malaysia pun berlambak dengan genre yang sama. Dan Bollywood juga bukanlah tidak biasa menghasilkan filem sebegini. Sudah berlambak ada di dalam pasaran mereka.

Tetapi, apa yang bezanya, filem lakonan Rajkummar Rao dan Shraddha Kapoor ini Berjaya memberikan kualiti plot yang cukup unik. Malah, semua ramuan filem ni dikisar lumat, sebati dan cukup rasa. Tak ada lebih, tak ada kurang.

Al kisah Stree berkisar tentang lagenda viral yang pernah melanda internet di India suatu ketika dulu. Di dalam filem ni, di sebuah kampong, para lelaki akan diculik oleh hantu bernama Stree jika berjalan bersendirian. Muncul Vicky yang mana kemudiannya jatuh cinta dengan watak gadis misteri tidak bernama. Dan di saat Stree mula menyerang dan menculik lelaki di kampong itu, mereka berusaha untuk menamatkan bala tersebut yang terjadi setelah sekian lama.

Filem ni memang mempunyai komedi yang cukup rasa. Untuk sebuah filem Bollywood, filem ni ada punchline yang ada kick dan tidaklah cliché macam filem Bollywood biasa. Memang setiap babaknya penuh dengan adegan menghiburkan, apatah lagi filem ini hanya mempunyai satu sahaja bahagian lagu, itu pun pada awal filem.

Level seram filem ni memang tidaklah tinggi mana. Namun, untuk sebuah filem komedi seram, filem ni berjaya memberikan suasana seramnya yang tersendiri sambil disulami dengan komedi yang bersahaja.

Lakonan Rajkummar Rao dan Shraddha Kapoor boleh dikatakan terbaik. Penampilan mereka berjaya membawakan karakter dengan bersahaja. Perfomance yang agak brilliant daripada dua pelakon Bollywood era ini. Apatah lagi, watak Shraddha Kapoor yang tidak bernama begitu meninggalkan kesan setelah habis filem ini ditonton.

Untuk aku, Stree ialah sebuah filem adaptasi yang berjaya mencipta formulanya yang tersendiri dalam genrenya. Ideanya yang memang segar serta kreativiti berjaya digabungkan sekaligus menjadikan filem ni memang antara filem hebat dari Bollywood yang wajib dilayan kalau kau mencari emas dalam dunia filem mereka.

Pada aku, memang Stree mempunyai tiga perkara. Komedi yang kena pada tempat, seram yang memuaskan dan juga twist yang mind blown sampai boleh bawa ke meja kopi untuk perbincangan. Sebelum Stree 2 muncul untuk menjelaskan ending yang penuh dengan teori, ada baiknya korang layan filem ni dan buat teori sendiri.

Teori apa tu? Hah, korang kena layanlah dulu tau!



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan