Ulasan Filem: The Perfection (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Richard Shepard
Pelakon | Allison Williams, Logan Browning, Steven Weber

Filem ni memang macam gam. Sekali kau tonton, percayalah, kau takkan dapat stop sampailah pada akhirnya kau menerima semua twist dan penceritaannya. Boleh dikatakan bahawa ini ialah sebuah filem Netflix untuk pencandu gore dan juga violence. Dan bagi penggemar genre ala-ala Human Centipede pun, silalah layan.

The Perfection boleh dikatakan sebagai sempurna untuk sebuah filem thriller. Filem ni dibaluti dengan twist yang sangat bersepah di sana sini. Setiap kali kita menjangkakan apa yang bakal terjadi, filem ni membengkokkan prasangka kita dan membuatkan kita gagal untuk menjangka. Dan ianya juga sebuah roller coaster ngeri yang memuaskan.

Seringkasnya, The Perfection mengisahkan bagaimana seorang gadis pemain violin yang mana jeles dengan rakannya yang sering dipuji mentor. Dan dia plan untuk membuatkan kerja rakannya itu musnah! Namun, semakin kita di pertengahan filem, bukan itu yang mahu diceritakan, tetapi sesuatu yang lebih dari itu.

Filem ni membawa tema tentang kekejaman seksual. Di akhir filem, filem ni cuba untuk berkata bahawa tiada siapa pun boleh didera secara seksual atas nama kebaikan sekali pun. Seringkas itu, mesejnya jelas dan membawa kepada ending yang begitu dahsyat sehinggakan ada yang tak mampu untuk menonton!

Tapi, bagi yang baru merancang nak tonton, aku rasakan, jika korang boleh menghadam level ngeri The Human Centipede mahupun filem ngeri Saw, aku rasa korang masih boleh hadam filem ni sampai habis.

Dipersembahkan dalam chapter seakan membaca sebuah novel, The Perfection mencapai perfectionnya yang tersendiri. Di setiap bab, ianya ibarat sebuah kisah dengan twist yang tersendiri yang mana akan melengkapkan keseluruhan cerita. Persembahan sebegini menjadikan The Perfection unik dengan caranya yang tersendiri.

Filem ni berjaya menarik perhatian kerana penceritaan yang agak pantas. Tiada masa untuk filem ni berehat kerana setiap twist akan membawa kepada penceritaan yang lebih besar dan dahsyat. Jadi, semakin kita ke penghujung, kita akan dibawa menghadapi pelbagai gelojak emosi dan juga kekuatan filem ni yang sebenar.

Kerja visual filem ni memang terbaik. Kesan khas skala sederhana berjaya diadun dengan baik. Malah, sinematografi juga memuaskan dengan penggunaan warna terang yang mencantikkan lagi visual filem ni.

Lakonan Steve Weber memang terbaik. Begitu juga dengan Allison Williams dan juga Logan Browning. Gabungan tiga watak yang penuh dengan matlamat yang sukar dijangka. Ternyata, pengarah filem ni, Richard Browning Berjaya memberikan sebuah lagi filem yang diperkatakan oleh penonton.

Penuh dengan twist, memang ngeri tahap habis minda, dan memang takkan dapat dihadam kalau kau tak buka minda! The Perfection memang sebuah filem yang sempurna dengan persembahannya. Korang memang disaran tonton, tetapi pastikan korang dewasalah sebab filem ni hanya sempurna jika korang benar-benar sudah ‘sempurna’ pada akal.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan