Ulasan Filem: John Wick 3 Parabellum (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Chad Stahelski
Pelakon | Keanu Reeves, Mark Dacascos, Halle Berry, Ian McShane

Menonton John Wick 3 seakan membuatkan kita berasa bahawa akhirnya, Hollywood sudah berjaya mencapai taraf filem aksi Asia yang selama ini tiada tandingan. Hollywood suatu ketika dahulu meletakkan genre aksi ini sebagai filem gred B dan tidak mendapat liputan dan tayangan meluas. Namun, dengan bermulanya francais John Wick, genre aksi seni bela diri kini dikenali.

Dengan John Wick 3, filem ni seakan menaikkan dirinya ke satu tangga lagi. Jika John Wick mempunyai kisah simple dan perjalanan aksi yang mengasyikkan, John Wick 2 pula diperkenalkan dunia yang lebih luas dengan aksi yang lagi mengasyikkan. John Wick 3 pula adalah extreme upgrade dari dua filem sebelumnya!

Filem ni sebenarnya tidak berpaksi kepada plot sangat pun. Kalau kau tonton filem ni hanya sekadar nak melepaskan batuk ditangga pun, kau boleh khayal dalam babak aksi dalam filem ni. Ada babak aksi yang diinspirasi dari filem luar, dan ada yang ada originalitinya tersendiri. Kesemuanya berjaya membuatkan kau menikmati filem ni dengan baik sekali.

Untuk melazatkan tontonan, disarankan korang menonton dua filem sebelum ini kerana plot John Wick 3 sebenarnya ialah pengembangan plot dari dua filem sebelumnya. Tetapi, jika korang menonton filem ni sahaja, korang memang perlu tahu sahaja apa yang terjadi di John Wick 2.

Sebagai peminat filem aksi, filem ni memang sangat lazat. Aksi filem ni memang non stop sekaligus memuaskan citarasa penggemar filem aksi. Malah, setiap pertarungan memang panjang dan penuh dengan koreografi aksi yang tidak terjangka yang boleh buatkan kita tak senang duduk melihatnya. Pertarungan sengit dengan koreografi cantik ialah rencah istimewa filem ni.

Lakonan Keanu Reeves berjaya memberikan kekuatan yang tersendiri bagi watak yang dibawanya. John Wick yang ‘kebal’ kini dipaparkan dengan jiwa dan perasaannya yang terdesak untuk membebaskan diri dari status bahaya ex-comunicando. Dan kini, dia terpaksa menghadapi pelbagai kejutan dalam perjalanannya.

Selain babak aksi yang memukau, filem ni dibantu juga dengan visual yang begitu mengasyikkan. Walaupun kebanyakan filem ni mempunyai babak aksi yang berlaku pada waktu malam dan hujan, permainan warna dan juga kerja kamera berjaya menjadikan setiap pertarungan nampak lebih cantic daripada mengerikan.

Paling mengejutkan juga bahawa sangkaan Yayan Ruhian dan Cecep Arif sebagai hanya cameo memang lari habis. Dua pelakon ini yang mewakili Asia ini diberi perhatian penting dan membawa kejutan besar. Siapa sangka, dua pelakon ini yang memang mahir bela diri diberi pertarungan akhir yang penuh dengan keenakan gerak silat dan langkah aksi ngeri yang penuh debaran.

Apapun, John Wick 3 memang sebuah filem yang memang memenuhi citarasa penonton yang menggemari filem aksi. Filem yang penuh dengan aspek pertarungan yang dikoreograf cantik, less talking but more action, dan hanya milik John Wick ini sememangnya sebuah filem yang layak dilayan berkali-kali!

Kekuatan John Wick 3 bukan hanya pada Keanu Reeves, bukan juga pada dua aktor Indonesia yang menjadi tarikan penonton Malaysia dan Indonesia, tetapi bagaimana John Wick 3 mengetengahkan genre aksi ke level yang sebelum ini didambakan peminat filem aksi setelah sekian lama.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan