TRENDING
SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK
- Get link
- Other Apps
Avengers: Endgame membawa elemen merentas masa ke dalam dunia MCU buat pertama kalinya. Elemen yang sebelum ini menjadi teori peminat kini dibuktikan benar apabila ianya menjadi sebahagian penting kisah Avengers: Endgame. Elemen merentas masa bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia MCU kerana sebelum ini, Doctor Strange juga menggunakan elemen ini untuk menumpaskan Dormamu.
Time travel boleh jadi memeningkan. Dengan percampuran antara fiksyen dan juga sains, karangkala ianya boleh membuatkan kita sukar untuk menjelaskannya dalam keadaan yang mudah. Semestinya, ada beberapa plot hole dalam elemen ini namun ianya boleh dihuraikan dengan teori.
Terlebih dahulu, adalah lebih baik jika kita mengenali beberapa jenis elemen time travel.
1. Linear timeline (dengan adanya time loop) - jika sesuatu karakter merentas masa menggunakan konsep ini, ianya tidak dapat mengubah takdir yang berlaku. Sesuatu yang sudah berlaku akan tetap berlaku seperti takdirnya walaupun apa cara sekalipun percubaan untuk mengelakkan kejadian itu berlaku dibuat. Rentasan masa dengan konsep ini diaplikasikan dalam filem Twelve Monkeys, sebagai contoh.
2. Grandfather paradox - konsep timetravel ini menyatakan jika sesuatu watak itu merentas masa dan membunuh datuk kamu sendiri, maka karakter itu tidak akan wujud lagi dalam garis masa seterusnya untuk melakukan perkara yang sama. Elemen ini pernah digunakan dalam filem Deadpool 2 apabila Deadpool merentas masa untuk membunuh Hitler supaya Hitler tidak wujud lagi di masa hadapan (yakni masa sekarang).
3. Butterfly effect - konsep ini menegaskan bahawa sebarang aktiviti merentas masa ke masa lalu akan memberi kesan besar kepada masa hadapan. Satu kejadian kecil di masa lalu akan menyebabkan pelbagai faktor lain dalam garis masa terjejas dan menyebabkan masa hadapan menjadi berbeza. Konsep ini lebih senang untuk difahami jika korang menonton filem The Butterfly Effect.
4. Fluid timeline - rentasan masa jenis ini mempunyai gabungan elemen rentasan masa seperti di 1,2, dan 3. Konsep linear timeline, grandfather paradox dan butterfly effect boleh terjadi serentak dan boleh menghuraikan pelbagai kejadian berdasarkan kelogikan sesuatu cerita. Ambil contoh Back To The Future dan Terminator 2: Judgement Day.
BAGAIMANA ELEMEN RENTASAN MASA DALAM 'AVENGERS: ENDGAME' TERJADI
Ada dua babak di dalam Avengers: Endgame dimana elemen rentasan masa ini dihuraikan. Pertama, ketika ujian rentasan masa yang dijalankan oleh Bruce Banner dan juga Hawkeye, Rodhey mencadangkan supaya Thanos dibunuh ketika dia masih kecil. Senang cakap, kita travel ke masa Thanos itu masih kecil, lalu kita bunuh Thanos yang tak bersalah itu supaya di masa hadapan, dia tidak menjadi apa yang dia ditakdirkan jadi.
Konsep ini membawa kepada konsep grandfather paradox. Sudah pasti, jika korang menonton filem Deadpool 2, korang akan memahami konsep yang digambarkan ini dengan lebih jelas dan juga mudah. Ketika ini juga, Bruce Banner menyangkal konsep rentasan masa dari filem seperti Back To The Future, Star Trek, Terminator, Time Cop, Time After Time, Quantum Leap, Somewhere In Time, Hot Tub Time Machine, dan juga Bill and Ted's Excellent Adventure.
Bruce banner menyatakan,
...if you travel to the past, that past becomes your future and your former present becomes the past, which can't now be changed by your new future...
Secara asasnya, seseorang itu tidak boleh mengubah masa lalu kerana seseorang itu sudah wujud di masa hadapan. Maksudnya, jika para Avengers merentas masa dan membunuh Thanos yang masih kecil, masa hadapan seharusnya tidak boleh diubah atau sesuatu yang buruk boleh berlaku.
Kemudiannya, ketika Bruce Banner cuba untuk mengambil time stone daripada Ancient One, Bruce Banner mengungkapkan idea tentang konsep 'flow of time' dimana apabila batu infinity itu dicuri dari garis masanya, ianya akan mengganggu garis masa asal dan terjadinya butterfly effect.
...the Infinity Stones create what you experience as the flow of time. Remove one of the stones and that flow splits...
Namun, jika selepas Thanos ditumpaskan, dan batu itu dikembalikan semula kepada garis masa asal selepas Thanos ditumpaskan, garis masa yang terganggu akan berjaya dibetulkan semula.
...return each one to its own timeline at the moment it was taken so chronologically, in that reality, it never left...
Ringkasnya, Avengers tidak boleh mengubah apa yang sudah berlaku di masa lalu seperti kematian ayah Tony Stark, kematian ibu Thor, dan banyak lagi. Sebab itulah Infinity Stones harus dipulangkan ke garis masa asal supaya kejadian yang terjadi seharusnya terjadi dan tidak mencipta masa depan yang lebih buruk daripada sedia ada.
Namun, persoalan besar di sini ialah bagaimana pula apabila para Avengers bertemu dengan diri mereka sendiri dari masa lalu. Seperti kejadian Captain America bertemu dengan dirinya sendiri dari tahun 2012. Adakah ini akan menganggu perjalanan garis masa diri mereka?
PERANCANGAN PARA AVENGERS UNTUK RENTASAN MASA
Para Avengers merancang untuk merentas masa dan mengambil kesemua batu infinity dan meletakkannya di dalam gauntlet khas rekaan mereka sendiri. Lalu, mereka berpecah kepada empat kumpulan.
- Iron Man, Captain America, Ant-man dan Hulk merentas masa ke kejadian Avengers dalam filem Avengers (2012) dimana ketika ini Loki sedang bertarung dengan Avengers di masa itu. Di masa ini, mereka cuba mendapatkan Mind Stone dan juga tongkat milik Loki.
- Thor dan Rocket pula ke Asgard ketika kejadian dari filem Thor: The Dark World uintuk mendapatkan Aether dari Jane Foster.
- War Machine dan Nebula pula ke Morag untuk mendapatkan Power Stone di awal filem Guardians of the Galaxy.
- Hawkeye dan Black Widow pula ke Vormir untuk mendapatkan Soul Stone.
Ada beberapa sebab kenapa garis masa ini yang dipilih untuk direntasi. Untuk rentasan masa Iron Man dan pasukannya, mereka ke New York kerana pada masa itu, tiga batu infinity berada di tempat yang sama dan saling berdekatan. Jadi mudah kerja. Aether pula berada di muzium The Collector ketika kejadian Thor: The Dark World manakala Power Stone pula di Xandar ketika kejadian Guardians of the Galaxy.
Garis masa yang dimasuki ini akan membawa kesan buttefly effect yang sedikit dan tidak akan mengganggu garis masa sebenar dengan besar. Maka sempatlah batu-batu itu dibawa ke dunia realiti untuk digunakan untuk menumpaskan Thanos sebelum ianya dikembalikan semula ke tempat asal supaya kejadian di masa lalu masih terjadi seperti apa yang ingin terjadi.
Namun, perancangan mereka tidak sempurna mana. Hawkeye terpaksa mengorbankan Black Widow untuk mendapatkan Soul Stone (kejadian ini tidak mengubah garis masa, cuma Black Widow tidak akan wujud di masa realiti kerana gagal untuk kembali), Thor pula berjaya bercakap dengan ibunya, Frigga untuk meluahkan perasaan sebelumnya ibunya dibunuh seperti dalam Thor: The Dark World.
War Machine berjaya mendapatkan Orb namun Nebula pula gagal untuk berpatah balik angkara Thanos yang berjaya mengakses memorinya daripada Nebula yang wujud pada masa itu. Captain America berjaya mendapatkan tongkat Loki selepas bertarung dengan dirinya sendiri. Hulk pula berjaya mendapatkan Time Stone dan juga ilmu baru berkenaan isu rentasan masa). Malangnya, Tony dan Scott Lang gagal mendapatkan Tesseract dan memaksa Tony Stark dan Captain America merentas ke tahun 1970 untuk mendapatkan Tesseract dari Camp Lehigh di New Jersey.
INFINITY STONE MENCIPTA PUTARAN WAKTU (TIME LOOP)
Di akhir filem Avengers: Endgame kita sebenarnya mendapati bahawa butterfly effect telah terjadi gara-gara batu Infinity Stone yang dicuri dari masa lalunya. Terdapat beberapa garis masa baru yang terjadi di dalam Avengers: Endgame yang membuka kepada naratif baru dan pembetulan kejadian di masa silam.
Dengan tindakan Steve Rogers mengembalikan semula kesemua batu Infinity, maka kejadian dari filem Thor: The Dark World dan termasuklah kejadian di New York terjadi seperti biasa. Namun, persoalan bagaimana Steve Rogers memulangkan Soul Stones dan reaksinya apabila bertemu dengan Red Skull tidak dijawab dan diserahkan kepada penonton untuk berfikir.
Namun, beberapa kejadian dalam masa lalu ditambah dan tidak akan dapat dipadamkan. Rocket akan tetap menjadi pencuri kepada Aether, Howard Stark pula tetap bertemu dengan ayahnya, Ancient One pula akan bertamu dengan Bruce untuk berbual. Kesemua ini akan menjadi satu kejadian yang ditambah dalam naratif kehidupan mereka, namun tidak membawa apa-apa kesan dalam kehidupan.
LOKI MENCIPTA GARIS MASA BARU?
Walaupun apa yang dilakukan di dalam Endgame tidaklah membuka garis masa baru dimana adanya unsur baru, Loki mungkin satu-satunya watak yang memecahkan garis masa asal dan membuka garis masa baru menggunakan Space Stone pada kejadian di tahun 2012. Kejadian ini dijelaskan oleh Ancient One dan kelihatan jelas seperti percubaan untuk mencipta naratif baru dari kejadian di New York.
Kesan tindakan Loki ini membawa kepada kesan yang agak serius. Walaupun di garis masa itu, Loki masih lagi bekerja untuk Thanos, kejadian ini mungkin membawa kepada pelbagai akibat. Berkemungkinan, ini akan menyebabkan Asgard tidak dimusnahkan, Thor mungkin tidak kehilangan Mjolnir, dan Avengers mungkin akan berubah apabila kejadian Battle of New York gagal diselesaikan apabila Loki gagal ditangkap.
Spekulasi ini juga akan turut menyebabkan kesan kepada beberapa filem dalam naratif yang sama seperti Captain America: Civil War. Namun, apa yang terjadi mungkin boleh dikatakan sebagai dunia Marvel Cinematic Universe yang lain dan tidak diutamakan dalam pengkisahan watak.
Jika Loki masih hidup di garis masa berbeza, maka berkemungkinan Loki boleh dikembalikan ke dunia nyata untuk pengkisahan kisahnya yang baru.
THANOS PECAHKAN LOGIK GARIS MASA FILEM AVENGERS: ENDGAME
Kejadian Star-Lord dipengsankan oleh War Machine pada babak dari awal filem Guardians of the Galaxy akan setiasa terjadi dalam garis masa baru.Dan kita tahu, sebelum Star-Lord menjumpai batu yang dikehendaki, Captain America berjaya memulangkan semula batu itu ke garis masa asal dan tiada perubahan yang berlaku di masa hadapan.
Namun, kejadian yang menimpa Nebula telah memecahkan garis masa asal. Disebabkan tahap kesedaran memori Nebula bergabung antara dirinya yang lama dengan yang baru, Thanos untuk merobos masuk ke masa hadapannya dimana dia sudah berjaya melakukan apa yang dia kehendaki dan Avengers gagal melaksanakan misi.
Di sini, elemen rentasan masa menjadi sedikit sukar untuk difahami.Dengan memintas masuk ke dalam memori Nebula dari masa hadapan, Thanos merentas masuk ke dunia masa hadapan menggunakan Sanctuary 2 untuk menghalang para Avengers mengganggu apa yang dia sudah lakukan dengan merampas semua batu Infinity dan menukar objektif asal untuk melenyapkan separuh kehidupan kepada melenyapkan keseluruhannya lalu membina dunia baru.
Namun, sudah pasti, Thanos tidak berjaya melaksanakannya apabila dia gagal dan menjadi debu. Pada masa yang sama, kesan pada garis masa lalu juga terganggu. Jika Thanos sudah merentas masa dan ke masa di mana dia sudah selesai melaksanakan misinya, maka kejadian Infinity War tidak akan wujud sama sekali di garis masa satu lagi.
Hal ini memungkinkan terjadinya beberapa garis masa, secara teori angkara Loki yang masih mempunyai Space Stone di garis masa 2012.
BAGAIMANA NEBULA BOLEH MEMBUNUH DIRINYA DARI MASA LAMPAU
Bagaimana memori Nebula dari masa lalu dan masa depan boleh bertembung dan berinteraksi. Mungkin ini boleh dihuraikan dengan contoh bagaimana jika telefon A dibawa ke masa lampau dimana telefon A masih ada. Lalu, satu lagi telefon menelefon telefon A, dan mana satukah telefon A yang bakal menerima panggilan. Sudah pasti akan ada gangguan bukan?
Pada ketika bertarungan Avengers di akhir filem Endgame, Nebula dari masa kini meyakinkan Gamora untuk menyertainya yang akhirnya membawa kepada kejadian Nebula membunuh dirinya dari masa lampau yang menjadi musuh. Konsep ini mengingatkan kita kepada granfather paradox dimana dengan membunuh Nebula masa lampau, maka Nebula masa kini tidak akan ada.
Namun, perlanggaran peraturan rentasan masa terjadi apabila Nebula masih lagi hidup walaupun Nebula dari masa lalu sudah pun mati. Hal ini mungkin menunjukkan bahawa kejadian Thanos merentas masa menyebabkan garis masa Nebula terganggu dan terjadilah apa yang terjadi.
CAPTAIN AMERICA KEMBALI KE MASA SILAM
Pengakhiran filem Avengers: Endgame mendedahkan tentang Steve Rogers yang kembali ke masa silam untuk memulangkan batu Infinity dan membetulkan beberapa masalah rentasan masa. NAmun, apa yang mengejutkan, Steve Rogers memilih untuk tidak kembali ke masa kini dan pergi ke tahun 1940an untuk bersama dengan Peggy Carter.
Dia akhirnya berjaya berjanji temu dan berdansa seperti apa yang diimpikan. Lalu, kita lihat bahawa Steve Rogers menjadi tua sebelum melepaskan jiwa perisai Captain America kepada Falfon. Beberapa isu tercetus di sini akibat pilihan Captain America. Paling jelas ialah, Captain America terpaksa menyembunyikan keberadaannya di dunia 1940an (kerana dia sudah ditakdirkan untuk mati di akhir filem Captain America: The First Avengers).
Keberadaan Steve Rogers di garis masa baru itu akan mencetuskan beberapa siri kejadian baru yang mungkin akan mengubah masa hadapan Avengers. Di dalam dunia garis masa baru, Steve Rogers memilih untuk menggunakan Pym Particle yang dia ada untuk kembali ke dunia sebenar untuk bertemu dengan Falcon bagi menyerahkan tugasnya. Sebab itulah Steve Rogers tidak kembali seperti yang diarahkan oleh Banner kerana kembalinya dia ke dunia sebenar atas pilihannya sendiri dan bukannya dilakukan oleh Bruce Banner.
DAH TU, TIMELINE MCU JADI MACAM MANA?
Walaupun filem filem Marvel Cinematic Universe berjaya mencipta garis masa yang logik untuk setiap kejadiannya, terdapat beberapa kecatatan juga yang ramai tidak sedar. Sebagai contoh, garis masa untuk kejadian filem Spider-man: Homecoming mungkin antara yang popular dan menjadi perdebatan. Malah, garis masa kejadian filem Iron Man sehinggalah kejadian selepas filem Civil War, kesemuanya menjadi perdebatan.
Avengers: Endgame berjaya membetulkan garis masa filem Spider-man: Homecoming dan beberapa filemnya dengan menyatakan bahawa setiap kejadian yang berlaku di dalam filemnya berlaku dalam tahun filem tersebut ditayangkan. Namun, pengakhiran filem ini juga membuka persoalan baru yang besar.
Jika Avengers: Infinity War berlaku pada tahun 2018, dimana kejadian pasca petikan Thanos terjadi, lalu filem ini melompat 5 tahun ke hadapan, maka kejadian dalam filem Endgame kebanyakannya berlaku pada tahun 2023. Ini bermakna, dari tahun 2018 hingga 2023, kita tidak tahu apa yang terjadi kepada superhero kita dan filem selepas ini, berkemungkinan tidak akan berlatarkan tahun 2018 hingga 2023 lagi.
Maka, garis masa ini akan membawa kepada teori yang menyatakan bahawa filem Spider-man: Far From Home mungkin akan berlaku pada tahun 2023 walaupun ianya ditayangkan pada tahun 2019. Maka, boleh jadi beberapa filem seperti Black Widow dan The Eternals yang dicadangkan bakal menjadi prekuel kepada MCU yang akan menyelongkar lebih lagi kisah dunia MCU yang masih belum diselongkar.
MASA DEPAN RENTASAN MASA DALAM DUNIA MCU SELEPAS FILEM AVENGERS: ENDGAME
Dengan kembalinya Hank Pym, maka kebolehan untuk merentas mas bukan lagi sesuatu yang asing lagi di masa hadapan. Namun, adakah akan ada lagi rentasan masa di masa hadapan, itu tidak pasti akan berlaku atau tidak. Elemen rentasan masa selalunya digunakan untuk melawat memori lama sahaja dan memecahkan naratif baru ke arah berbeza dan Avengers: Endgame sudah menggunakan konsep ini.
Mungkin juga kesan dari rentasan masa inilah akan membawa kepada siri khas di saluran penstriman Disney + dimana Loki akan mempunyai naratifnya yang tersendiri selepas berjaya mencuri Tesseract. Kita juga diperlihatkan usaha dan misi baru pasukan Guardians of the Galaxy yang mahu mencari Gamora bersama Thor sekaligus membuka persepsi bahawa Thor mungkin akan berada dalam filem Guardians of the Galaxy 3.
Captain America juga berpotensi untuk kembali ke dunia nyata kembali jika ada masalah yang mungkin tidak dapat diselesaikan. Apapun, Thanos sudah dikalahkan, garis masanya sudah dibetulkan, dan Captain America sudah mendapat apa yang dia inginkan.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Menarik!
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]
Kita sering mendengar bahawa filem luar seringkali diban kerana unsur-unsur melampau dari pelbagai aspek yang tidak dibolehkan di tayang di Malaysia. Namun, tahukah anda bahawa banyak juga filem Malaysia yang panas dan mempunyai adegan berahi yang ditayangkan di Malaysia? Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Mungkin adegan itu tidaklah sehebat Hollywood. Tetapi, ianya masih menggambarkan bahawa Malaysia juga mahu jadi seperti mereka. Kami sajikan 5 filem yang mempunyai adegan 'panas' yang korang mungkin tak tahu. 1. Spinning Gasing (2001) Filem arahan pengarah Teck Tan ini menampilkan pelakon berbakat Malaysia seperti Allahyarham Hani Mohsin, Ellie Suriati Omar, Rosyam Nor dan Jalaludin Hassan. Filem yang menelan belanja RM2.4 juta ini gagal menyerlah di Malaysia dan hanya memperoleh kutipan sebanyak RM484,450.04 sahaja. Versi asal filem ini diharamkan tayangannya di Malaysia. Namun, pengharaman it
Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'
Dalam babak akhir filem Munafik 2, kita dapat lihat Ustaz Adam membaca doa yang dikenali sebagai Doa Bismillah 9. Ramai yang terlepas pandang kerana ayat ini jarang diamalkan. Ayat Doa Bismillah 9 ini sebenarnya sudah dinyanyikan oleh Mawi dalam lagu Al-Haq bersama gandingan vokal AC Mizal. Mari kita lihat doa berikut: Cara mangamalkannya adalah seperti berikut: 1. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada Nabi Muhammad SAW. (1 kali) 2. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada seluruh Rasul dan Malaikat Allah (1 kali) 3. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada wali-wali Allah, ulama dan seluruh kaum muslimin (1 kali) 4. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (1 kali atau lebih) 5. Kemudian disambung dengan membaca Hizib Al-Hafiz seperti berikut: Fadhilat ayat ‘Bismillah 9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas solat, 1. Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ , InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT. 2. M
Ulasan Ringkas Setiap Episod Siri 'KL Gangster: Underworld' [SPOILER ALERT]
KL Gangster: Underworld kini sudah boleh ditonton di laman penstriman iFlix. Tak perlu bayar ok! Hanya perlud download aplikasi iFlix dan kemudian daftar dengan menggunakan Facebook anda, korang boleh terus layan siri enam episod ini dengan tenang. Pilihan sarikata Bahasa Melayu disediakan dan kualiti visual ialah dalam High Definition. Kami sudah menonton enam episod KL Gangster: Underworld. Boleh kami katakan yang kerancakan siri ini bermula pada episod 3 dan seterusnya. Pada kami, KL Gangster: Underworld membuka ruang baru untuk francais KL Gangster berkembang, kali ini dengan dunia baru, dan kisah baru. Berikut ialah ulasan kami secara ringkas. Ambil tahu bahawa post ini mengandungi SPOILER! EPISOD 1: Masa Yang Sesuai Episod pertama KL Gangster: Underworld ini mengisahkan bagaimana Shah (Beto Kushairy) dari Geng Kampung Baru, dan Elina (Ezzaty Abdullah), mak ayam Geng Cheras yang bercinta dalam rahsia. Walaupun mereka berahsia, Ayah Zan (Hasnul Rahmat)
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]
Disebabkan artikel sebelum ini mendapat sambutan yang hangat, admin dengan ini dengan pantasnya membawakan kesinambungan kepada artikel yang memaparkan filem-filem Malaysia yang sememangnya berani mati sehingga mengabaikan aspek yang dianggap taboo oleh masyarakat Malaysia. Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Nah, kami sajikan 5 lagi filem yang sememangnya panas membara: 1. Abuya: Part 2 (2011) Jangan pelik, filem ini tidak ada Part 1. Entah kenapa ianya dinamakan Part 2 tidaklah diketahui. Filem ini gagal menyerlah di pawagam walaupun ianya meletakkan aura Faizal Hussein sebagai teraju utama. Malah, faktor keseksian Jue Aziz, Andrea Abdullah dan beberapa pelakon lain yang memegang peranan sebagai isteri-isteri Abuya gagal menambat peminat. Antara babak panas yang ditayangkan dalam filem ini termasuklah adegan isteri Abuya sedang terbaring bernafsu dan juga adegan nasi kangkang. Beberapa adegan yang mun
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]
Misteri Dilaila merupakan sebuah lagi karya Syafiq Yusof yang cuba untuk mencari sisi baru dalam dunia perfileman filem tempatan. Melalui Misteri Dilaila, Syafiq Yusof sebenarnya bukan sahaja menampilkan nafas baru filem seram thriller, tetapi cuna untuk mengejutkan penonton dari tidur dengan gimik promosinya. Ketahuilah bahawa filem Misteri Dilaila mempunyai dua versi. Versi 1 dan Versi 2 mempunyai kekuatan yang berbeza. Sebelum bacaan diteruskan, ambil maklum bahawa huraian ini mempunyai SPOILER MAJOR! Tidak digalakkan untuk teruskan bacaan jika korang masih belum tonton. - - - - - - - - - Versi 1 - ringkasnya, Jefry ialah orang jahat. Versi 2 - ringkasnya, Azman ialah orang jahat. Admin hanya berkesempatan tonton versi 2! So, berikut ialah ulasan berkenaan Misteri Dilaila Versi 2! HURAIAN ENDING FILEM ‘MISTERI DILAILA’ VERSI 2 Di dalam versi 2, kita dapat tahu bahawa Sasqia Dahuri sebenarnya ialah perempuan
Bagaimana Menonton Netflix Di Laptop/ PC Tanpa Menggunakan Pelayar Internet
Ramai yang mengeluh apabila menonton Netflix menggunakan pelayar Google Chrome/ Internet Explorer atau Mozilla, mereka terpaksa menyusun paparan muka yang agak remeh. Kadangkala, ketika kita sedang buat kerja lain, paparan Netflix akan berada di belakang dan akan mengganggu penontonan. Baiklah, hari ini kami akan ajar bagaimana untuk menonton Netflix sambil buat kerja lain di Windows tanpa mengganggu kerja anda dan juga paparan Windows anda yang lain. 1. Pertama, pergi ke Microsoft Store 2. Search Netflix, dan download sepertimana anda mendownload di Playstore atau Apple Store. 3. Selepas mendownload, Log In dan pastikan anda menggunakan fungsi pinned yang berada di bawah sebelah kanan video. Fungsi ini akan membuatkan video anda berada di atas paparan walaupun berapa banyak aplikasi lain yang anda buka. Sekian. Itu sahaja! NAK TAHU MACAM MANA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG KENA HACK ATAU TAK? KLIK SINI!
Analisa Dan Huraian Penuh Filem 'Pulang' [SPOILER ALERT]
Kabir Bhatia hadir lagi dengan sebuah filem tentang cinta. Pengarah ini diakui sememangnya mampu mengemudi filem bertema ini dengan sempurna. Lihat sahaja Nur Kasih suatu ketika dahulu yang menjadi fenomena. Pulang diinspirasikan dari kisah benar. Justeru, naskah Pulang semestinya mempunya gaya persembahan yang berbeza untuk menjadikannya unik. Artikel ini akan menghuraikan tentang filem ini secara keseluruhannya. Kami akan menghuraikan signifikannya ending filem ini dan kesannya terhadap penonton. Kita juga akan melihat apa yang ingin disampaikan secara tersirat oleh Kabir Bhatia melalui skrip tulisan Mira Mustapha ini. Ambil maklum bahawa perenggan selepas ini mengandungi SPOILER MAJOR! - - - - - - - - - - HURAIAN FILEM ‘PULANG’ Kisah Pulang berlatar belakangkan Serkam pada tahun 1939. Di sini, kita diperkenalkan dengan watak Othman yang mana menjadi nelayan dan menjual ikan. Digambarkan Othman sememangnya digemari gadis
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]
Pengabdi Setan, remake filem 1980an yang mengisahkan keluarga yang diganggu makhluk halus selepas kematian ibu mereka nampaknya menerima pelbagai reaksi. Ada yang menyatakan bahawa ianya tidak menyeramkan dan ada yang memuji gaya garapan sutradara Joko Anwar. Paling memeningkan kepala semestinya ending filem ini yang dibikin agak ringkas. Kami akan huraikan penamat filem ini dan bagaimanakah adegan akhir filem ini membuka kepada kisah yang lebih besar. Ambil maklum bahawa penulisan selepas ini mempunyai SPOILER MAJOR yang mana boleh membuatkan korang sakit hati jika masih tidak menonton filem ini. Kami harap anda berhenti membaca jika masih belum menonton filem ini. HURAIAN BABAK KEMUNCAK PENGABDI SETAN Selepas diganggu dengan pelbagai cara, Bapak dan anak-anaknya yakni Rini, Tony, Bondi dan Ian sudah bersedia untuk berpindah. Hendak dijadikan cerita, kenderaan yang mahu membawa mereka keluar daripada rumah tersebut tidak kunjung tiba. Sang Ustad, yang mana kehilan
Siapa Baba Yaga Yang Disebut Dalam 'John Wick' Dan 'Ant-man and The Wasp'?
Baba Yaga! Tentu korang pertamakali dengar berkenaannya dalam filem John Wick. Dalam filem tersebut, John Wick diibaratkan sebagai Baba Yaga. Kini, jenaka Baba Yaga kembali lagi dalam Ant-man and the Wasp. Di dalam filem ini, watak Kurt membandingkan kekuatan dan kehebatan watak Ghost seperti Baba Yaga. Bagi yang tak pernah dengar lagenda Baba Yaga, jenaka ini mungkin membuatkan korang teringat kepada filem John Wick. Tidak! Baba Yaga yang dimaksudkan tidak memparodikan John Wick. Baba Yaga ialah lagenda yang benar. Nah, kami kisahkan. Baba Yaga ialah makhluk yang dipercayai ada dalam lagenda cerita rakyat Rusia. Dia juga dikenali sebagai Baba Yaga Boney Legs. Ianya muncul dalam cerita rakyat dan digambarkan mempunyai gigi besi, boleh terbang, suka duduk di dalam lesung kayu dan kuat makan. Namun, rupanya berbeza-beza daripada cerita ke cerita. 'Baba' dalam bahasa Slavic bermaksud 'nenek' manakala 'yaga' bermaksud ketakutan. Lagenda Bab
Ulasan Filem: Boboiboy The Movie 2 (2019)
Tahun Terbit | 2019 Pengarah | Nizam Razak Pelakon | Nur Fathiah Diaz, Nizam Razak, Fadzli Mohd Rawi Memang tak dinafikan, bila dengar je Boboiboy, pasti ramai yang menyangkakan watak ini hanya untuk kanak-kanak je. Filem sekuel kepada filem pertama yang terbit pada 2016 yang lalu ini nampaknya sebuah kebangkitan. Banyak perkara yang dah dibaiki. Tidak hairanlah, filem ni berjaya mendapat tempat di kalangan pencinta filem tempatan. Korang tak perlu nak jadi penonton siri tv Boboiboy untuk melayakkan korang layan filem ni. Kau datang bawa otak kosong dan tak tahu langsung pasal Boboiboy dan juga musim-musimnya di tv pun, kau akan boleh layan. Ianya mungkin ada kaitan dengan siri tv, terutamanya untuk background character, tapi, plot filem ni berdiri dengan sendirinya. Alkisah Boboiboy The Movie 2 mengisahkan bagaimana Rentak’ka, yang merupakan penguasa asal kuasa elemental yang dimiliki Boboiboy memburu Boboiboy untuk mendapatkan kembali kuasanya. Kisahnya memang l
Comments
Post a Comment