Ulasan Filem: Sabrina (2018)

Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Rocky Soraya
Pelakon | Luna Maya, Christian Sugiono, Sara Wijayanto

Ternyata, semenjak Munafik 2 menjengah pawagam, ianya memberi definisi baru terhadap dunia movie horror terutama dari seberang. Apatah lagi dunia horror seberang lebih bertapak kukuh di Asia berbanding kita.

Aku berkesempatan menonton Sabrina di Netflix. Filem yang baru ditayangkan dalam tahun ini merupakan spin-off kepada filem The Doll yang mendapat sambutan hangat. Sabrina ialah sebuah filem horror yang turut juga mendapat sambutan hangat.

Pada aku, Sabrina ialah peniruan idea daripada Annabelle. Itu jelas dan nyata walaupun plotnya tidak berkait. Ianya memang sebuah filem yang mana penonton boleh turut kaitkan dengan The Conjuring Universe yang diciptakan James Wan. Tapi, tak mengapalah. Kita terima peniruan ini.

Secara peribadi, Sabrina sebenarnya tidak kurang lebih hanyalah sebuah filem yang memaparkan teknologi filem Indonesia. Selain unsur seram, filem ni boleh dikatakan sebuah filem yang penuh dengan visual yang hebat. Ada slow motion yang gempak, VFX yang boleh tahan dan juga kerja kamera yang luar biasa.

Namun, aku gagal untuk menghadamkan unsur seram yang dipaparkan dalam filem ni. Seramnya ada yang menjadi, namun kebanyakannya banyak yang hanya mampu buat aku tersenyum. Rasanya itu bukan reaksi yang sepatutnya apabila menonton filem horror bukan?

Percampuran antara agama dan ritual yang tidak jelas, dan juga dengan babak penjelasan seakan mendengar kuliah yang memang cliche dalam filem Indonesia diulangi dalam filem ni. Justeru, dari segi plot tidak ada sesuatu yang luar biasa daripada filem seram Indonesia yang lain.

Kadangkala aku agak jelek dengan watak Aiden yang agak kurang dikembangkan dengan baik sehinggalah hujung filem. Kadangkala dialognya hambar dan kelihatan sangat try hard untuk jelaskan something kepada penonton dengan cara yang tak menarik.

Entah kenapa, penceritaannya seakan lambat dan gagal untuk menyerlahkan sesuatu yang menarik seawal 30 minit pertama. Ianya sesuatu yang boleh dikatakan gagal.

Mungkin citarasa aku dan korang berbeza, namun Sabrina lebih banyak buatkan aku tertawa daripada rasa meremang bulu roma. Something yang gagal untuk menaikkan semangat aku untuk memuji kekuatan sinema Horror Indonesia.

Filem ni tak teruk. Just mungkin pada aku rasanya tidak sama dengan rasa korang. Aku mungkin meletakkan ekspektasi yang tinggi terhadap filem ini selepas aku menonton Sebelum Iblis Menjemput. Dan mungkin sebab itu ianya membuatkan minda aku gagal untuk hadam filem ni.

Apapun, Sabrina ialah percubaan yang bagus untuk Indonesia mencipta Universe filem seramnya yang sendiri. Harapnya di masa hadapan, Universe filem The Doll akan lebih berkembang dan menjadi lebih baik daripada sekarang.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan