TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Andhadhun' [SPOILER ALERT]

Andhadhun bukan filem Bollywood biasa. Filem ini menjadi satu satunya filem yang menyebabkan penontonnya berdebat tentang ending filem ini. Ianya seperti hangatnya penonton filem Hollywood mempertikai ending filem Inception mahupun Total Recall. Open ending yang menjangkau minda.


Dan kami akan huraikan berkenaan ini. Ambil tahu bahawa post ini mempunyai MAJOR SPOILER. Siapa yang belum tonton harap jangan baca.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


HURAIAN BABAK KEMUNCAK 'ANDHADHUN'

Dalam babak terakhir, kita melihat satu babak kecil yang memberikan satu persoalan kepada keseluruhan filem. Kita diperlihatkan apabila Akash (Ayushmann Khurrana) beredar selepas bertemu dengan Sophie (Radhika Apte) selepas dua tahun kejadian di dalam filem. Di akhirnya, Akash berjalan dengan tongkat yang mana mempunyai ukiran arnab lalu memukul tin dengan sengaja di atas jalan.

PERSOALAN YANG HADIR

Selepas menonton filem ini, dan babak Akash pukul tin, beberapa persoalan muncul di minda. Pertama, adakah Akash sebenarnya benar-benar buta sepanjang filem? Kedua, adakah Akash masih buta di akhir filem? Ketiga, bagaimana Akash kembali pulih jika dia buta sepanjang filem. Dan keempat, adakah flashback yang diceritakan Akash kepada Sophie benar benar terjadi?

ADAKAH AKASH BENAR-BENAR BUTA SEPANJANG FILEM?

Untuk menjawab soalan ini, korang kena faham yang filem ni berkisar tentang Akash yang sebenarnya tidak buta tetapi hanya berlagak buta demi untuk sebuah 'seni'. Akash buta di mata masyarakat dan berjaya meyakinkan kehidupan sekelilingnya bahawa dia seorang buta sedangkan di rumah, dia menjadi manusia biasa.

Namun, Akash akhirnya mendapat pengajarannya yang tersendiri apabila Akash ke rumah Simi dan melihat sebuah pembunuhan. Skip forward, Simi yang mahu menutup pembunuhan yang dilakukannya akhirnya membutakan Akash apabila dia tahu Akash tak buta.

Tetapi, persoalan timbul sama ada Akash benar-benar buta penuh, atau dia nampak separuh, atau sebelah mata, atau dia tidak buta. Persoalan ini tidak ada jawapan penuh kerana ianya terserah kepada penonton. Namun, jika pada pandangan aku, aku percaya Akash sebenarnya tidak buta. Dia sebenarnya merancang komplotnya sendiri dengan kemahiran yang dia ada.


Di awal filem, kita sendiri sudah melihat bagaimana Akash memanipulasi persekitaran dan membuatkan orang percaya yang dia benar-benar buta. Kemahiran Akash terlalu hebat sehinggakan penonton sendiri ditipu pada awal filem. Jadi, tidak hairanlah jika Akash sebenarnya sedang 'menipu' kita sepanjang filem dan juga mereka komplotnya sendiri untuk melepaskan diri.

Antara babak yang menjadi bukti bahawa Akash tidaklah buta dapat dilihat apabila Akash memecahkan cermin kaca dengan pemadam api. Jika dia buta, sudah pasti Akash terus keluar dan dia akan terluka. Seolah-olah Akash tahu bahawa terdapat banyak lagi cermin yang masih belum pecah dan bahaya.

Malah, ketika Dr. Swami dibunuh Simi dan Simi memandu kereta milik Dr. Swami, terdapat jeda seketika seolah-olah Akash tahu bahawa Simi yang memandu kereta dan bukannya Dr. Swami. Tetapi, Akash meneruskan lakonannya dan berpura-pura seolah-olah Dr. Swami yang memandu kereta.

Paling konkrit untuk membuktikan Akash tidak buta ialah tongkatnya yang berukir kepala arnab. Jika dia buta, bagaimana dia boleh tahu arnablah yang menyelamatkan dirinya? Fikirkan!

JIKA AKASH BENAR-BENAR BUTA, ADAKAH DIA SUDAH PULIH DI AKHIR FILEM?

Ambil satu lagi kesudahan alternatif, jika dia benar-benar buta, adakah Akash berjaya kembalikan deria pengelihatannya dengan pembedahan yang disarankan Dr. Swami? Ini ialah teori yang sukar untuk dijawab. Tidak ada penjelasan konkrit berkenaan ini. Namun, ramai peminat membuka teori mereka sendiri untuk menjawab persoalan ini.

Pertama, ada teori yang menyatakan bahawa Simi tidaklah mati di akhir filem. Buktinya ialah pada flashback yang diceritakan oleh Akash yang agak janggal. Anda boleh lihat satu scene kereta Dr. Swami yang melalui jalan yang di sebelahnya ada pokok. Di dalam flashback, kereta itu berhenti di tepi pokok, manakala babak sebelum itu, kereta tidak berhenti di tepi pokok.

Perbezaan antara flashback dan juga babak sebenar ini memberi satu kesimpulan bahawa kata-kata Akash sebenarnya tidak boleh dipercaya. Ada satu keraguan yang membuka persoalan untuk perbincangan.

JIKA AKASH KEMBALI PULIH, BAGAIMANA DIA BUAT?

Pelbagai teori hadir untuk menjelaskan hal ini yang tidak terdapat di dalam filem. Pertama, ada yang menyatakan bahawa flashback yang diceritakan Akash kepada Sophie sebenarnya palsu. Akash mungkin ada rahsia yang tidak diceritakan. Jika Akash buta, adakah Simi benar-benar mati dilanggar arnab?

Adakah Akash mengambil kornea Simi dan memulihkan dirinya melalui pembedahan? Nah, fikirkan.

ADAKAH FLASHBACK AKASH BENAR-BENAR BERLAKU?


Filem ini mengambil kesudahan yang bijak apabila mengakhiri filem ini dengan flashback. Sebagaimana yang kita tahu, flashback ialah sesuatu yang mempunyai persepsi. Dan persepsi semestinya boleh diragui. Dan meragui apa yang diceritakan Akash adalah satu perkara yang hadur sifikirkan.

Kenapa? Sebab pertama, Akash ialah pemanipulasi. Dia ialah seorang artis dan juga pemain piano yang bijak. Sudah berapa lama dia hidup dalam keadaan buta tetapi tidak ada siapa yang tahu, melainkan budak kecil di bawah rumahnya yang mula meragui.

Namun, jawapan konkrit sama ada flashback Akash benar0benar terjadi atau tidak sebenarnya tersembunyi dalam penceritaan Akash dan Sophie. Ingatkah ayat Sophie yang menyatakan bahawa Akash harus ambil mata Sophie yang menjadi ayat akhir baak penutup filem ini? Korang perasan tak yang Akash tidak memberi sebarang reaksi dan berlalu pergi?

Adakah sebenarnya kejadian Simi langgar Akash hanyalah penceritaan fiksyen untuk membuatkan Sophie percaya kepadanya dan meraih simpati? Semuanya terpulang kepada anda. Ianya sebuah ending yang sangat subjektif dan terbuka untuk korang selesaikan.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Geran (2019)

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Post-Kredit Filem 'Geran' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]