Zack Snyder Jelaskan Logik Babak Martha Dalam 'Batman V Superman'


Sudah lebih dari dua tahun filem Batman vs Superman diterbitkan, namun filem itu masih menjadi antara filem yang menjadi perbualan hangat di kalangan peminat penggemar filem superhero. Selain isu berapa banyak babak yang dibuang, ada juga beberapa diskusi tentang plothole filem ini. Namun, ada satu logik plot yang diperbincangkan hangat sehingga kini iaitu babak Martha Kent diculik.


Babak Martha ini mungkin antara yang diperdebatkan peminat yang menyatakan ianya kurang logik. Peminat mempersoalkan kenapa Superman tidak mencari ibunya sendiri kerana dia berkemampuan melakukannya sepertimana dia melakukannya terhadap Lois.
It is a green screen shot. He flies up above the city and hovers. The camera begins to rotate around him as he hears the Cries of citywide crime going on and as we get closer, he is in pain because he knows if he try's to find her this way, he will have to ignore the countless crimes going on in the two cities and the world.

Akhirnya, kita dapat tahu sebab kegagalan Superman berbuat demikian kerana banyaknya jenayah di Gotham sendiri. Buat masa ini, Batman vs Superman mungkin akan menjadi filem Superman dan Batman yang terhebat daripada Zack Snyder. 


DC kini menumpukan filem mereka terhadap beberapa superhero lain dan meninggalkan dua hero ini di belakang buat sementara waktu. Dengan pelbagai spekulasi terhadap status Ben Affleck dan juga Henry Cavill dengan watak mereka, mungkin kita terpaksa menanti lama untuk dua hero ini kembali dengan filem baru


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan