Phir Bhi Dil Hai Hindustani: Media, Sebuah Boneka Politik


Hari ni admin nak bebel pasal filem Shah Rukh Khan pula. Layan jelah. Pastu jangan lupa SHARE tau!


1. Phir Bhi Dil Hai Hindustani ialah sebuah filem tahun 2000 lakonan Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla. Filem ni ialah filem pertama terbitan Shah Rukh bersama Juhi Chawla dan juga pengarahnya, Aziz Mirza.

2. Filem ini bergenre komedi romantik tetapi ianya bukan kosong. Isu yang tak pernah dipaparkan setinggi itu, iaitu isu media dan juga politik menjadi paparan.

3. Filem ni dengan berani mengkritik media dan permainan mereka dengan dunia politik. Kita dipaparkan dengan bagaimana dua stesen TV akhirnya bersatu hanya untuk sebuah komplot politik.

4. Akibatnya, berita yang dipaparkan di media masa menjadi sebuah penipuan. Penipuan yang besar sehinggakan Ajay dan Ria terpaksa bertungkus lumus menyelak kembali kebenaran tentang kes Mohan yang membunuh adik kepada seorang menteri.

5. Phir Bhi Dil Hai Hindustani tidak paparkan satu pandangan sahaja tentang dunia media. Kita diperlihatkan dari mata media, bagaimana Ajay Bakshi, seorang wartawan yang rapat dengan politikus berubah arah apabila perancangan bunuh menteri yang asalnya hanyalah fake bertukar menjadi real.

6. Ajay Bakshi ialah simbol kepada wartawan di luar sana yang sebenarnya diperkuda parti politik. Namun, kita tak boleh salahkan mereka. Mereka pun bekerja untuk sara hidup.

7. Cuma, jelasnya di dalam filem ini. Media sebenarnya sebuah bisnes yang mengambil wang daripada kehidupan seseorang. Di dalam filem ini, Mohan dituduh sebagai teroris hanya kerana Ketua Polis malas nak buat kenyataan kerana didesak oleh dua pihak parti politik.

8. Hanya kerana satu kenyataan, ianya mencetuskan viralnya yang tersendiri sehinggakan satu India berkurung dalam rumah hanya kerana nak tonton live telecast penggantungan seorang marhaen yang diperdaya media.

9. Tapi jaga jaga. Once rakyat tahu kebenaran, diorang takkan takut untuk turun melawan penipuan. Jadi, kuasa rakyat itu sebenarnya lebih besar dari segala pangkat yang ada. Kerana rakyat ini ibarat semut yang boleh bersatu untuk menumpaskan gajah yang gagah.

10. Phir Bhi Dil Hai Hindustani ialah sarcasm kepada pengamal media. Tentang bagaimana kebenaran di dalam tv kadangkala tidak benar belaka. Kadangkala ianya juga ialah rekayasa. Sebuah fiksyen yang dibenarkan oleh naratif rekaan.

11. Tapi, admin pasti, pengamal media kita tak macam dalam filem ni. Tamakkan duit sampai buat live show benda mengarut dan juga dipengaruhi oleh parti politik kan? Harapnya taklah.

Syukur, Malaysia tak macam tu. Kan...


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan