TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Venom (2018)

Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Ruben Fleisher
Pelakon | Tom Hardy, Michelle Williams, Riz Ahmed

Venom ialah sebuah lagi entry terbaru Sony dalam percubaannya untuk membikin Universe Spider-mannya yang tersendiri. Selepas kegagalan mencipta Venom yang baik dalam Spider-man 3 arahan Sam Raimi, Sony bangkit dengan Venom!

Selepas menonton Venom, aku boleh katakan yang Venom sebenarnya hampir rebah sekali lagi. Ianya tak berjaya nak naik pokok yang tinggi setinggi MCU, malah masih lagi tak mampu naiki dahan bawahnya, DCEU. Masih menggapai ranting paling bawah, lalu patah sekali sekala, tersungkur.

Venom tersepit antara usaha untuk membina sebuah Universe Spider-man, which is the only superhero yang Sony miliki untuk kaut duit. Malangnya, apa yang aku nampak, Venom ialah sebuah filem yang sangat lemah. Menghampiri kebodohan Fantastic Four reboot, but atas sikitlah.

Yup, filem ni mempunyai plot yang agak kucar kacir. Impian penulis lakon layarnya mungkin ada niat untuk mengembangkan kisah Venom dengan lebih worldwide dan harapkan penonton Malaysia, especially penduduk Sibu untuk tonton filem ni. Tapi, it end up entah apa apa.

Thankslah kepada Venom sebab kaitkan simbiot tu dengan Malaysia, but it still did not able to fix the whole plot yang kucar kacir. Eddie Brook dibina dalam alur cerita yang terlalu lemah dan gagal menampakkan sisinya sebagai anti hero yang bakal menjadi hebat.

Plot filem ni, atau pembunuh kejam kepada aura filem ni bercerita tentang kisah simbiot yang landing kat Malaysia. Diulang, Malaysia, di Sibu ok! Then ianya bercerita tentang Life Foundation yang nak merge the symbiote untuk extend human life kat planet baru, dan kemudiannya, in the end, muncul pulak kisah ketua symbiote yang bergelut dengan Venom.

Uishhh, bersepah. Mana satu kau nak kami tonton ni? The whole plot in just nearly 2 hour viewing. Hampeh. Semuanya jadi separuh masak. Maaflah, aku fan Marvel, DC dan semua superhero, tapi, aku tak mampu untuk membela sepenuhnya Venom. Ianya sebuah filem yang berangan nak hebat, tapi gagal.

Semuanya menjadikan Venom sebuah filem yang lambat untuk build up the tension. Kau terpaksa menunggu agak lama untuk melihat Eddie Brook beraksi gara-gara plot development yang terlalu panjang di awal filem.

Tapi, dalam keburukan plot filem ni yang bersepah dengan banyak benda, filem ni manage untuk portray Venom yang lebih baik daripada versi Spider-man 3. Yup, tang ni aku memang puas hati. Suara Venom tu, menusuk ke kalbu macam Hannah Delisha membisik.

Jenaka filem ni pun boleh dikatakan menjadi especially dialog dialog Venom dan Eddie Brook. Walaupun aku takdelah terbahak bahak gelak, ianya masih lagi boleh menjadi ubat kepada plot yang lembab dan ntah pape tu.

Lakonan Tom Hardy agak menjengkelkan. I am sorry, Tom nampak macam tak berapa selesa dengan wataknya. Dia mungkin bagus untuk watak yang serius seperti Bane dan juga filem filem lain. Tapi, untuk watak yang sedikit komedi macam Eddie Brook, nampak canggung.

Ubat mengantuk yang paling best dalam filem ni semestinya aksi Venom buat huru hara. That is the most stylistic Venom action sequence so far dalam filem. Adegan kejar mengejar yang hebat, pertarungan Venom dengan manusia yang mengagumkan, dan Venom melawan Riot, Symbiote yang menghuni badan Carlton Drake memang puas hati.

Untuk keseluruhan filem ni, aku berdukacita dengan plot filem ni yang tidak ada fokus jelas tentang apa yang nak diceritakan sehingga menjadikan Venom sebuah filem yang boleh dibahagi tiga jika setiap plotnya dikembangkan dengan baik.Tetapi ingat, Venom masih enak dilayan. Aksinya bagus, jenakanya hebat, dan suara Venom macam Hannah Delisha.

Aku boleh katakan Sony gagal untuk bikin sebuah filem Venom yang baik. Ya, tersungkur lagi. Tapi, takpelah. Sekurang kurangnya kau dah buktikan yang rupa Venom dalam filem ni paling ohsem berbanding dengan rupa versi Sam Raimi.

Di post kredit, kita dibawa melihat kepada watak Cletus Kasady yang bakal membawa Symbiote yang dikenali sebagai Carnage. Tapi, nampaknya kalau filem Venom gagal, macam mana kita nak lihat Venom melawan Carnage kan?

Oh, post kredit kedua hanyalah promosi untuk filem Spider-man: Into the Spider-verse. Panjang juga. Tapi oklah, layan juga even tak ada kaitan pun dengan Venom.

Ingat tak scene Eddie Brook jumpa ayam kepci dalam tong sampah, lepas tu dia makan sebab lapar tu? Hah, macam tu lah Venom. Venom tu macam ayam tu. Sampah, tapi masih boleh dimakan.

Comments

Menarik!

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Dwayne Johnson Serang Tyrese Gibson Gara-gara Kutipan 'Hobbs & Shaw'

Denzel Washington Bakal Mainkan Watak Magneto Versi MCU

'Guardians of the Galaxy Vol 3' Ialah Filem Terakhir James Gunn Watak GOTG

Iko Uwais Bakal Sertai Filem Spin-off G.I Joe 'Snake Eye' Sebagai Hard Master

Sony Tawarkan Perjanjian 30% Bagi Disney Untuk Watak Spider-man dan Venom Dalam MCU

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Syamsul Yusof Dedah Nasib Ustaz Adam Di Akhir Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]