TRENDING

Ulasan Filem: V (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Kenali Jenis Makhluk Halus Dalam Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]


Basically, Hantu dalam Munafik 2 ni hanya ada 6 jenis je. Tak banyak. Setiap hantu ada kebolehan tersendiri. Ada yang memainkan peranan utama, dan ada yang sebenarnya hanya muncul untuk suka-suka.


Meh admin introduce. 

1. Jin Yahudi

Kita berkenalan dengan jin Yahudi ni ketika dia menetap di tubuh Imam Malik. Lepas Imam Malik mati, jin ni merasuk Sakinah. Lepas Ustaz Adam berjaya usir jin ni dari Sakinah, jin ni dapat dilihat dalam rupa mengerikan.

Rupa jin ni dalam form asal ialah mengenakan telekung hitam dan wajahnya ada lambang bintang Yahudi yang ditoreh. Kita hanya dapat lihat form asal hantu ni sekejap sekejap je. Tapi, form asal yang paling jelas dilihat ialah masa Ustaz Adam keluar dari keranda dan lepas dia buka kain yang tutup mayat watak Nam Ron. Selain rupa manusia, Hantu Yahudi ni boleh bertukar form ke ular besar.

Kekuatan hantu ni ialah dia boleh merasuk. Dia juga paling kuat diantara jin dan tidak mahu diislamkan. Tujuan dia berada di dunia ialah untuk memecahbelahkan umat Islam, Yahudi dan agama lain.

Dia juga memperingatkan tentang kedatangan Dajjal. Jin inilah yang merasuk Maria dalam filem pertama. Namun, masa tu tidaklah diperlihatkan form asal hantu tu.

2. Jin hutan

Hantu hutan ni ialah satu satunya hantu tak bertudung even dah baligh. Dia mengenakan kain putih, mukanya pecah merah darah, mata mengerikan dan ada kuku yang panjang. Oh, rambutnya panjang macam Mus May.

Kebolehan dia ni boleh menyerupai seseorang. Dia menyerupai anak Sakinah ketika Sakinah bersembunyi di dalam gua. Ketika dia di rumah Ustaz Adam, dia menyerupai Abu Ja. Dia juga mampu merasuk dan ada kekuatan luar biasa sehingga mampu angkat Ustaz Adam.

Hantu ni mainkan peranan penting dalam filem ni. Dia ialah punca kenapa Ustaz Adam bunuh ibu dia.

3. Iblis

Iblis lakonan Weni Panca ialah antara makhluk yang agak tersirat sedikit kemunculannya. Dengan mengenakan jubah dan berwajah bengis, iblis ini cuba untuk hasut Ustaz Adam untuk jauh dari Tuhan.

Namun, ketika Ustaz Adam terbaring di dalam sungai, iblis ini yang memberitahu tentang kejadian di rumah dan kematian ibunya. Walaupun ada ehsan terhadap apa yang terjadi, iblis ini bijak. Dia tidak beritahu bahawa Adam yang bunuh mak dia.

Sifat iblis ni boleh dikatakan sebagai bijak memanipulasi. Sentiasa memutar belit kata pun dia juga.

4. Hantu keranda

Kita tak nampak fizikal dia tetapi hanya nampak tangannya yang menghimpit Ustaz Adam di dalam keranda. Kukunya kemas. Cuma hitam. Bagus. Rajin potong kuku.

Tak ada penjelasan tentang hantu ini yang kukuh. Admin percaya, hantu ini ialah jelmaan jin Yahudi dalam form baru. Sebab selepas hantu tu kacau Ustaz Adam dalam keranda, jin Yahudi muncul pula. Adakah itu jin/hantu yang sama? Wallahualam.

5. Penanggal

Hantu penanggal ni muncul dalam mimpi Ustaz Adam. Dia muncul dua kali sahaja dalam filem ni. Korang ingat bila Ustaz Adam pegang lampu minyak tanah tu dan kemudiannya bertukar jadi kepala orang? Itulah penanggal.

Perkara ini disahkan sendiri oleh jurufoto Munafik 2, The Hitman Nazri. Semalam sempat bermesenger dengannya.

6. Hantu budak kecil

Hantu budak kecil ni ialah makhluk halus yang mungkin disuruh oleh iblis untuk mengganggu Adam dalam mimpinya. Dia ni tak ada apa peranan sangat.

Just lari sana lari sini. Senang kau buat duit ye dik!

Itulah serba sikit hantu yang ada dalam filem Munafik 2.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Ulasan Ringkas Setiap Episod Siri 'KL Gangster: Underworld' [SPOILER ALERT]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Aadai (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]

10 Ayat Pendiding Yang Digunakan Dalam Filem 'Munafik 2' [SEBARKAN]