TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Huraian Babak Kemuncak Filem 'One Two Jaga' [SPOILER ALERT]


One Two Jaga ialah sebuah lagi karya Nam Ron yang menempa nama di luar negara. Sayangnya, filem ini gagal untuk memaut hati penonton di Malaysia. Pelbagai sebab dan juga alasan yang membawa kepada jatuhnya filem ini di persada filem Malaysia. Namun, tak mengapalah. Kami akan huraikan filem ni dan apa yang tersirat.



Ambil maklum bahawa perenggan selepas ini mempunyai MAJOR SPOILER. Korang dinasihatkan untuk tidak membaca jika masih belum menonton filem ini.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


HURAIAN PENUH FILEM 'ONE TWO JAGA'

Hussein (Zahiril Adzim) baru ditugaskan dengan partner baru, Hassan (Rosdeen Suboh). Hussein memang polis korup. Hidupnya senang dengan meminta rasuah dari penjenayah. Hussein pula ialah polis yang berpegang kepada prinsip. Pada hari pertamanya mereka berkerjasama, Hussein telah pergi ke kedai tayar Pak Sarip untuk tanya permit pekerja. Namun, mereka dimarahi Adi (Amerul Afendi)

Di satu sudut yang lain pula, Suniati (Asmara Abigail) tak tahan kerja jadi orang gaji. Dia lalu meminta pertolongan abangnya Sugiman (Ario Bayu) yang merupakan pendatang tanpa izin yang bekerja di sebuah kedai tayar. Sugiman ada anak Joko (Izuan Fitri) yang rapat dengan Amirul. Tauke kedai tayar, Pak Sarip (Azman Hassan), ayah kepada Amirul janji ingin membantu. Dia minta Sugiman membawa Suniati bersembunyi di hotel sebelum dia ditumpangkan dalam sebuah bot yang membawanya kembali ke Indonesia.

Pada masa yang sama juga, Rico (Timothy Castillo), budak dari Filipina dan Marzuki (Iedil Putra) diminta serahkan wang sebanyak RM10 ribu kepada James (Chew Kin Wah). Rico mengambil RM3 ribu untuk dihantar ke keluarganya di Filipina. Apabila James menemui Marzuki dan Rico, mereka memberikan hanya RM7 ribu kepada James. James yang tidak puas hati menemui bos mereka, seorang dato (Namron). James ugut dato tersebut supaya berikan RM 3 ribu baki. Dato itu pula lalu memintanya mencari dua orang anak buahnya yang hilang. James dengan bijaknya meminta lagi RM10 ribu.

Perbalahan terjadi apabila Hussein menyedari bahawa Hassan sering meminta rasuah. Ketika mereka di bandar, mereka bertemu dengan Suniati yang keluar dari biliknya untuk membeli makanan. Hussein ingin membawanya ke balai. Namun, apabila Sugiman hadir dan bertanya tentang nilai duit untuk melepaskan adiknya, Hassan meminta RM500 sebagai janji adiknya dilepaskan. Sugiman berjanji akan bayar selepas dia pulang ke kedai tayar Pak Sarip untuk ambil duit.

Malangnya, apabila Sugiman tiba di tempat kerja, Pak Sarip tiada di kedai. Amirul yang kebetulan ada di situ lalu mengarahkan Sugiman mengikutnya untuk menyelesaikan masalah. Joko ingin ikut, namun ayahnya memarahinya. Mereka berdua menaiki lori kecil Amirul yang terdapat muatan misteri. Apabila Amirul dan Sugiman tiba di tempat Hassan yang sedang menunggu, Amirul mengamuk. Hassan yang mahu meleraikan keadaan melepaskan Suniati. Hussein melepaskan tembakan.

Ketika Amirul dan Sugiman tiba di bengkel, Sugiman nampak tetes darah dari balutan plastik di sebelahnya. Apabila dibuka, rupanya, Joko bersembunyi di situ dan mengekori ayahnya dan Mirul tanpa diketahui. Joko terkena tembakan. Hussein yang tidak tahan datang serang bengkel. Pergaduhan terjadi. Sugiman akhirnya menembak Hassan. Pak Sarip, yang pulang daripada beri duit suap kepada James tiba dan berjaya halang Sugiman untuk tembak Hussein.

Di balai polis, Hussein disoal. Seorang anggota polis nampak satu nombor telefon di buku notanya. Hussein cakap, nombor itu ialah nombor telefon yang digunakan PATI jika ada masalah. Apabila didail, polis terkejut dan mendapati nombor itu ialah kepunyaan ketua polisnya sendiri. Ketua polis itu lalu ditangkap.

Selepas selesai filem, kita akan dipaparkan dengan paparan nasib watak-watak dalam filem ni. Marzuki dan Rico dibunuh oleh bosnya sendiri. Sugiman dan Suniati yang naik bot untuk ke Indonesia tidak dapat dikesan oleh dua buah negara. Hassan pula kritikal dan sedang dirawat sebelum penghakiman dilaksanakan. James, ketua kepada polis yang korup ditangkap dan disabitkan kesalahan.

RASUAH DAN KESANNYA KEPADA SEMUA

Nam Ron membawakan kita sebuah paparan tentang hakikat rasuah. Apa yang kita nampak di dalam filem ini, seorang penerima rasuah sebenarnya akan mempengaruhi pelbagai situasi dan keadaan. Rasuah bukanlah sebuah barah yang hanya dihidapi seorang manusia. Ianya sebuah situasi yang akan melibatkan ramai pihak.


Dalam filem One Two Jaga, Hussein ialah seorang polis yang sudah biasa menerima rasuah. Hussein menerangkan kepada Hassan tentang kalau nak hidup, kita perlu buat apa sahaja. Hassan yang tidak berkahwin dibawa melihat situasi keluarganya yang menjadikan Hussein selesa untuk menerima rasuah.

Malangnya, tindakan Hussein menyebabkan Hassan tidak selesa. Hassan yang percaya bahawa kerjanya harus dilaksanakan sebaiknya dihalang oleh Hussein. Dua watak yang berbeza pegangan ini sekaligus membawa kepada babak akhir filem ini yang mana menyebabkan Hussein ditembak oleh Sugiman. Akibatnya, isteri Hussein sendiri kini sengsara sendirian tatkala suaminya dirawat di hospital. Hassan pula terpaksa berhadapan dengan tindakan mahkamah tentang apa yang terjadi. Kesimpulannya, rasuah membawa kepada kesan yang besar dan akan menyebabkan orang lain terpalit.

ISU PENDATANG TANPA IZIN

File mini turut mengetengahkan isu pendatang izin. Selain membawa isu ini selapis sahaja, One Two Jaga menyelami masalah orang gaji Indonesia yang ditindas oleh majikan sendiri. Watak Suniati sebenarnya mahu pulang ke Indonesia kerana majikannya mengarahkannya menjalankan kerja di luar skop tugas. Hal ini sekaligus menyebabkan Suniati mengadu kepada abangnya, Sugiman.


Dengan berani, filem ini memaparkan juga nasib pendatang warga Indonesia di mata bos mereka. Di awal filem, kita dapat lihat watak Adi membawa mayat pekerja PATI yang mati untuk dibakar di kawasan tersembunyi.

Secara tersiratnya, filem ini cuba menyampaikan beberapa perkara tentang pendatang asing. Satu, jika kau pendatang asing yang menonton filem ini, ketahuilah bahawa kau sebenarnya ialah manusia yang tiada harga pun. Kau hanya diarah jalankan tanggungjawab, dan jika kau mati, kau akan dibuang macam sampah. Kedua, jika kau ialah orang yang menggaji pendatang asing, ketahuilah mereka boleh bertindak di luar jangkaan korang.


PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP POLIS

Ini ialah idea paling besar dalam filem ini. Di akhir filem, kita melihat bagaimana pendatang asing membelasah polis yang datang menyerang bengkel tempat mereka kerja. Dengan hasutan Adi, nampaknya pendatang asing tahu bagaimana untuk menjaga diri mereka daripada ditindas. Sekali mereka bangkit, habislah.

Persepsi pendatang asing terhadap polis ialah mereka boleh dirasuah untuk melepaskan diri. Perkara ini boleh dilihat apabila Sugiman dengan mudah meminta harga untuk melepaskan Suniati dari tahanan Hassan. Malah, mereka juga tahu bahawa polis sebenarnya membantu mereka walaupun mereka sebenarnya pendatang yang tidak sah.

Persepsi masyarakat Malaysia terhadap polis pula diwakilkan oleh Adi. Adi ialah satu-satunya watak yang menegakkan prinsip untuk tidak melakukan rasuah. Dari awal, Adi menghamburkan kata-kata berani ke atas tindakan Hussein menyerbu bengkel. Malah, ketika Sugiman meminta pertolongan kerana Hassan meminta rasuah, Adi terang terangan menolak tindakan polis tersebut dan mahu berhadapan dengan Hassan.

Dari pandangan Hussein, dia yang sentiasa melihat Hassan mengambil rasuah pula sebenarnya tidak pernah kisah dan tak mahu masuk campur. Hassan nak ambik rasuah, ambillah. Tapi, jangan masuk campur tugas dia. Itulah pandangan Hussein yang tidak mahu peduli yang akhirnya membawa dia masuk ke dalam kancah ‘perang’ yang akhirnya menyedarkan dirinya sendiri yang tidak peduli akan tindakan Hassan.

KESIMPULAN

One Two Jaga ialah sebuah filem yang mempunyai keberanian untuk mengambarkan pelbagai watak yang terinfeksi dengan gejala rasuah. Ianya sebuah syarahan yang bagus untuk menyedarkan bahawa rasuah sebenarnya perlu diambil peduli dan dihalang (seperti Adi) dan bukannya dibiarkan asalkan tak kacau periuk nasi (seperti Hussein).

Filem ini di pawagam dan sedang sakit. Sekian.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

10 Fakta Tentang Filem Epik Shah Rukh Khan 'Asoka'

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: Geran (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Between Two Ferns The Movie (2019)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Analisa Dan Huraian Penuh Filem 'Pulang' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]