Wahai Ibu Bapa, Pawagam Bukan Tempat Untuk Bayi Anda [SILA BACA, PENTING]



Menonton wayang kadangkala menjadi aktiviti sekeluarga. Kadangkala, ibu bapa ingin menonton wayang bersama bayi mereka. Nak buat macam mana, kalau ditinggalkan bayi tersebut jadi lain pula. Tetapi, tahukah korang sebenarnya bunyi untuk filem yang ditayangkan di pawagam sebenarnya tidak bagus untuk bayi?


Perkara ini telah dikongsi oleh sebuah laman Facebook Baby Language tentang bahaya membawa bayi ke pawagam:


Pemilik akaun tersebut telah berkongsi screenshot balasan mesej dari GSC Cinema Malaysia dan berikut pula ialah dapatan daripada beberapa forum berkenaan pawagam di luar negara. 


Ternyata, membawa bayi ke pawagam bukanlah sebuah perkara yang bagus untuk bayi yang berumur 2 tahun ke bawah. Faktanya, pendedahan yang panjang kepada bunyi melebihi 85db sehingga 90db sangat berisiko buat dewasa. Utuk rekod, bunyi penyedut hampagas ialah sekitar 70db, perbualan biasa pula sekitar 60db manakala gergaji eletrik pula ialah 110db.

Semestinya, bunyi untuk sesebuah filem yang ditayangkan di pawagam amatlah tinggi daripada itu. Apatah lagi filem tersebut ialah sebuah filem aksi yang dipenuhi letupan, dan filem seram yang dipenuhi dengan jump scare.

Selain itu, tiada manfaat pun bayi untuk berada di dalam pawagam. Ianya kelak akan mengganggu penonton lain yang ingin fokus menonton filem. Justeru itu, ibu bapa harus berfikir dengan lebih baik supaya pengalaman menonton wayang mereka lebih sempurna dan tidak merosakkan kesihatan bayi mereka sendiri.

Jadi, fikirkanlah dua kali kalau nak bawa bayi ke pawagam.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan