TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Mission Impossible: Fallout' [SPOILER ALERT]

Mission Impossible 6 mungkin antara filem dalam sirinya yang mempunyai babak penamat yang paling hebat. Semuanya ialah sebuah satu lagi lonjakan baru kepada francais ini. Walaupun formula setiap filem Mission Impossible lebih kurang sama sahaja, ianya ialah satu yang agak pelik apabila filem francais ini masih lagi bertahan di usianya yang sudah mencecah 22 tahun. 


Artikel kali ini akan melihat penamat filem Mission Impossible: Fallout dalam kanvas yang lebih besar. Kita akan lihat apakah natijah di setiap penyampaian filem Mission Impossible: Fallout. Ambil maklum bahawa perenggan selepas ini mempunyai MAJOR SPOILER. Anda tidak digalakkan membaca jika masih belum menonton.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

HURAIAN PLOT 'MISSION IMPOSSIBLE: FALLOUT

Filem ini bermula dengan babak sebelum title sequence muncul. Selepas tertangkapnya Solomon Lane dalam filem Rogue Nation, saki baki Syndicate yang dikenali sebagai Apostles kini berusaha untuk mengucar kacirkan dunia. Seorang individu rahsia yang dikenali sebagai John Lark mahu membeli teras plutonium dari Apostles bagi melaksanakan misi mengebom Vatican, Jerusalem dan Mekah.

Ethan ditugaskan untuk mengagalkan urusan jual beli ini. Namun, misi mereka gagal sehingga hampir meragut nyawa rakannya, Luther. Kini, Lark merancang untuk membeli plutonium itu daripada orang tengah yang dikenali sebagai White Widow. Ethan dengan bantuan ejen CIA, August Walker ditugaskan untuk menyiasat.

Malangnya, operasi mereka gagal lagi. August Walker syak bahawa John Lark menggunakan misi ini sebagai satu cover. Disebabkan John Lark tidak diketahui wajahnya, August Walker mengesyaki Ethan Hunt sebagai John Lark. Ethan dalam pada masa yang sama menyamar menjadi John Lark dan berjaya deal dengan White Widow untuk mendapatkan teras plutonium.

Malangnya, White Widow hanya memberi satu sahaja daripada tiga teras tersebut. Untuk mendapatkan dua lagi teras plutonium, White Widow mahukan Ethan membebaskan Solomon Lane. Ethan berjaya melaksanakan misi ini. Namun, sekali lagi, dia hampir digagalkan oleh Ilsa Faust yang mana mendapat tugasan untuk membunuh Lane dan bawanya ke London.

Ketika Solomon Lane dibawa ke London untuk diserahkan kepada White Widow, Ethan berjaya memasang perangkap sehingga terdedahnya siapakah John Lark yang sebenar. August Walker kini didedahkan sebagai John Lark, lelaki yang cuba untuk memerangkap Ethan Hunt dan pasukannya. Lark yang sebenar berjaya melarikan diri dari kota London dan ke Kashmir untuk misi mereka.

Di Kashmir Solomon Lane cuba untuk membuktikan kuasanya. Seperti biasa, selepas adegan kejar-mengejar menggunakan helikopter yang intense, Lark berjaya ditumpaskan dan misi berjaya juga akhirnya. 

APA YANG JOHN LARK MAHU


Mission Impossible: Fallot ada dua antagonis yang berusaha untuk matlamat yang sama, iaitu mahu menyucikan dunia dengan memusnahkannya lalu mencipta baru. Namun, dua antagonis ini mempunyai motivasi yang berbeza. August Walker, John Walker yang sebenar percaya kepada sebab semua ini terjadi. Dia ialah perancang di sebalik usaha melepaskan Solomon Lane. 

Mengikut perancangannya, jika Solomon Lane dilepaskan, dan dia memperoleh bom plutonium, maka ianya akan menyebabkan pihak Apostles mampu untuk meneruskan misinya. Objektifnya ialah untuk menyelesaikan apa yang pihak Syndicate mahu. 

Ini menjadi refleksi kepada bagaimana dia cuba untuk menyerap masuk ke dalam misi Ethan Hunt. Pada awalnya, dia memperkenalkan diri sebagai ejen CIA, dan ini sekaligus menyebabkan kesemua orang di sekelilingnya memegang kepercayaan yang besar terhadapnya. Walaupun dia sentiasa berada di belakang Ethan, Lark sebenarnya sentiasa berfikiran setapak ke hadapan.

APA YANG SOLOMON LANE MAHU

Solomon Lane sudah dipaparkan dalam filem Mission Impossible: Rogue Nation sebagai satu cermin kepada peribadi Ethan Hunt. Ianya ialah seorang ejen yang akhirnya menjadi pengkhianat yang mana merancang untuk memusnahkan IMF dan ejen terbaik mereka. Walaupun Lane mempunyai perancangan yang besar, Ethan Hunt ialah antara fokus utama Lane untuk ditumpaskan dan diseksa. Lane tahu bahawa Ethan ialah ejen IMF yang sangat berbahaya. 

Dalam filem ini, perancangan Apostles dan serangan terhadap Ethan Hunt adalah amat besar sekali. Solomon Lane sengaja merebakkan wabak cacar di Kashmir hanya untuk menyebabkan Julia berada di situ sebelum bom diledakkan di sana. Daripada sini, dapat dibuktikan bahawa misi Solomon Lane juga bersifat peribadi.

FILEM KALI INI MENGHURAIKAN SEPENUHNYA SIAPA ETHAN HUNT


Sepanjang franchais Mission Impossble, ramai yang memberi pendapat tentang karakter Ethan Hunt. Personalitinya agak berbeza-beza dari filem pertama sehinggalah yang keenam. Hal ini mungkin berpunca daripada pengarah filem yang cuba untuk memberikan ton mereka tersendiri terhadap filem ini.

Dalam Mission Impossible 2, Ethan dilihat sebagai seorang hero, Ghost Protocol pula sebagai sebuah ketua pasukan yang berani. Hanya bermula daripada Rogue Nation, watak Ethan Hunt menjadi sedikit abstrak. Aksi-aksi Ethan Hunt makin luar biasa. Kadangkala, ianya lebih daripada sekadar seorang manusia biasa. 

Dalam filem Mission Impossible: Fallout, Christopher McQuarrie, yang menjadi pengarah filem Mission Impossible yang pertama mengarahkan dua filem francais ini berturutan mengemukakan soalan tentang apakah yang menyebabkan Ethan Hunt menjadi Ethan Hunt?

Jawapannya mudah. Pada awal filem ini, dijelaskan oleh Hunley bahawa Ethan percaya bahawa setianya Ethan pada persahabatan ialah kelemahannya yang juga menjadi kekuatannya. Dan seluruh filem Fallout ini ialah pengkajian terhadap hal ini. 

Sepanjang filem Mission Impossible: Fallout, kita melihat bagaimana Ethan menggadaikan nyawanya dengan menyelamatkan Walker dengan memberikan bekalan oksigen selepas dipanah petir. Ethan juga merancang pelan untuk lepaskan Solomon Lane supaya orang awam tidak tercedera, cuba menyelamatkan seorang polis yang berada pada salah masa, dan cuba berbincang dengan Ilsa tentang misi mereka. 

JULIA IALAH KUNCI EMOSI ETHAN HUNT

Julia Meade ialah kunci kepada jiwa dan emosi Ethan Hunt. Julia diperkenalkan dalam Mission Impossible 3 sebagai tunang Ethan, dan selepas itu menjadi isteri kepada Ethan  di akhir filem tersebut. Selepas itu, filem Ghost Protocol pula membuka twist dimana Ethan menggadaikan perkahwinannya semata-mata untuk menyelamatkan Julia daripada bahaya. 

Julia kemudian muncul semula dalam Fallout selepas tidak muncul dalam Rogue Nation. Solomon Lane menjadikan Julia sebagai kunci untuk melemahkan Ethan. Malah, Solomon Lane sengaja membawa Julia ke Kashmir untuk membiarkan dirinya mati dalam letupan sebagai simbol kepada kegagalan misi Ethan. 

Dalam filem ini, kita juga diperkenalkan dengan suami baru Julia, Patrick. Julia ialah simbol kepada dunia normal seorang lelaki bergelar Ethan Hunt. Filem ini memberi makna pengorbanan Ethan Hunt dalam sebuah pengkajian watak. Ethan akhirnya tahu siapa dirinya yang sebenar dan apa makna membahagiakan. 

APOSTLES MASIH BERKELIARAN

Francais Mission Impossible masih banyak lagi perlu dieksplorasi. Apostles masih berkeliaran dan berkemungkinan akan dijelaskan dengan lebih banyak lagi dalam siri ketujuh yang akan datang. Mungkin di masa hadapan, kita akan melihat lagi siapakah para ahli Apostles yang mana menjadi saki baki Syndicate. 

John Lark sudah mati dan Solomon Lane kini di bawah jagaan pihak British, namun masih ada lagi ejen pengkhianat yang berkeliaran. Watak baru seperti Whie Widow yang merupakah sekutu kepada CIA yang mana boleh dicurigai kejujurannya. Malah, dengan kaitan watak tersebut dengan watak Max dari filem asal Mission: Impossible, semestinya ianya akan memberi ruang baru untuk filem ini bergerak ke hadapan.

KESIMPULAN

Misi Ethan Hunt kali ini bukan sahaja menghiburkan dan membuatkan kita tak senang duduk. Kita akan diperlihatkan dengan lebih dalam tentang siapakah Ethan Hunt dan apakah motivasi dirinya untuk melaksanakan misi. Malah, kita juga menyelami jauh ke dalam jiwa seorang ejen perisik yang sentiasa berusaha keras untuk menjayakan misinya.

Mission Impossible: Fallout kini di pawagam. 

Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Geran (2019)

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Post-Kredit Filem 'Geran' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]