TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Huraian Post-Credit Filem 'Ant-man and The Wasp' [SPOILER ALERT]

Ant-man and the Wasp ialah sebuah lagi filem terbaru Marvel Studios yang sedang hangat ditayangkan. Di dalam filem ini, ada dua post-credit scene. Selalunya, sebuah credit scene akan digunakan untuk menunjukkan apakah yang bakal berlaku dalam filem seterusnya. Kadangkala credit scene juga digunakan untuk jenaka pendek seusai filem habis. 


Di dalam filem ini, dua kredit scene dipaparkan untuk mengikat filem ini kepada Avengers: Infinity War. Infinity War secara drastiknya mengubah lanskap MCU dengan setiap filem selepas ini akan terkesan daripada kejadian dalam filem tersebut.

Kami akan huraikan credit-scene Ant-man and the Wasp secara detail. Ambil maklum bahawa perenggan selepas ini mempunyai SPOILER. Korang tak dinasihatkan untuk meneruskan bacaan kalau belum menonton filem ini.

-

-

-

-

-

-

-


-

-

-

MID-CREDIT: HANK, HOPE DAN JANET MENJADI DEBU


Avengers: Infinity War berakhir dengan Thanos berjaya mengutip keenam-enam Infinity Stones dan menggunakan Infinity Gauntlet untuk membunuh separuh dari populasi alam semesta dengan petikan jarinya. Ianya sebuah pengakhiran yang tragis dimana hanya beberapa Avengers terselamat manakala selain itu menjadi debu. 

Karakter dalam filem Ant-man and the Wasp juga tidak terlepas daripada nasib ini. Di dalam mid-credit scene, kita dapati bahawa Hank, Hope dan Janet tidak terlepas daripada menjadi mangsa. Babak tersebut bermula dengan Hope, Hank dan Janet sedang dalam persediaan untuk misi Scott untuk kembali ke Quantum Realm untuk mengutip quantum energy bagi menyembuhkan Ava.

Ketika itu, mereka di atas sebuah kawasan parking dan lohong quantum yang asalnya besar kini sudah bersaiz sedikit kecil dan diletakkan di belakang van Luis. Dengan setiap alat kawalan dikawal oleh Pym, Hope dan Janet, Quantum Realm bukanlah bahaya mana. Scott akan memberi signal kepada mereka jika dia perlu kembali semula.

Semasa di Quantum Realm, sesudah Scott selesai menjalankan misinya, dia cuba untuk memberi signal kepada tiga rakannya yang menunggu. Malangnya, tiada siapa pun menjawab signalnya. Scott pada awalnya ingatkan ini ialah sebuah prank dan sempat bergelak ketawa. Babak tersebut kemudiannya memaparkan Hank, Janet dan Hope yang sudah menjadi debu di atas kawasan parkir tersebut.

SCOTT DI DALAM QUANTUM REALM SEBELUM AVENGERS 4

Apa yang dapat dilihat dari mid-credit scene Ant-man and the Wasp, Scott dilihat terselamat daripada petikan jari Thanos. Teorinya, berkemungkinan Scott tidak terkesan kerana dia tidak berada di dalam alam kita. Namun, walaupun terselamat, nasibnya masih lagi terumbang ambing. Dengan Hope, Hank dan Janet dah hilang, Scott tidak boleh pulang dari Quantum Realm. 

Tiada siapa selain mereka tahu keberadaan Scott dalam Quantum Realm kecuali tiga orang tersebut. Jika ada pun, mereka sendiri tak tahu bagaimana untuk kembalikan Scott ke dunia nyata. Dalam filem pertama, Scott berjaya kembali dari Quantum Realm secara sendiri melalui alat khas di suitnya. Namun, dalam filem ini, dapat dilihat alat khas itu selalu rosak ketika dalam keperluan.


Nasib Ant-man mungkin tidak akan didedahkan sehinggalah Captain Marvel atau Avengers 4 muncul. Kedua-dua filem yang bakal ditayangkan pada Mac dan Mei 2019 ini mungkin akan memberikan klu terhadap apa yang terjadi kepada Ant-man. Dilaporkan bahawa filem Captain Marvel juga ada kaitan dengan Quantum Realm. Mungkin Captain Marvel akan jadi penyelamat Scott.

Malah, mungkin juga Scott takkan muncul selagi Avengers 4 tak muncul. Lagipun, dalam lakaran Avengers 4, Ant-man adalah sebahagian daripada pasukan. Jadi, berkemungkinan juga Ant-man berjaya menemui cara untuk mengembara masa yang mana menjadi aspek penting Avengers 4. Apapun kemungkinan, semestinya Scott akan kembali dari Quantum Realm.

END-CREDIT: SEMUT BESAR TERSELAMAT


Selain mid-credit scene yang sememangnya memberi gambaran kepada Infinity War, end-credit scene filem ini pula mempunyai klunya yang tersendiri walaupun tidaklah sepenting mid-credit. Babak end-credit memaparkan ruang dalam rumah Scott. Berkemungkinan situasi di dalam rumah Scott itu tidaklah beberapa lama sebelum kejadian dalam mid-credit.

Kamera bergerak ke ruang tamu kemudiannya ke dapur dan kemudiannya berhenti memaparkan seekor semut besar yang sedang bermain dram. Walaupun babak ini kelihatan ringkas, babak ini mungkin mendedahkan klu tentang Scott yang berada di Quantum Realm. 

Adakah Scott boleh diselamatkan oleh semut itu? Perlu anda ketahui yang semut itu bukanlah sebarangan semut. Ianya direka untuk meniru kesemua tingkah laku Scott ketika dia berada dalam tahanan. Persoalannya sekarang, jika semut itu mampu meniru perilaku Scott, adakah ada juga peniruan dari segi minda yang membolehkan Scott terselamat dari terperangkap dalam Quantum Realm?

Perlu juga korang tahu bahawa semut tersebut masih mengenakan alat pengesan di kakinya. Adakah ini akan memberi gambaran bahawa Scott akan dikesan oleh Stark atau Shuri melalui gelombang frekuensi alat tersebut?

KESAN PETIKAN JARI THANOS TERHADAP DUNIA

Pelbagai spekulasi boleh dibina daripada keberadaan semut besar tersebut. Namun, apa yang jelas, apa yang terjadi dalam end-credit Ant-man and the Wasp sebenarnya memaparkan bencana yang agak besar selepas Thanos memetik jarinya. Kita dapat melihat paparan siaran tergempar di kaca tv, walaupun tidaklah jelas, ianya menunjukkan dunia sedang dalam kekacauan.

Babak end-credit filem ini mungkin sesuatu yang agak tidak penting untuk dipaparkan. Namun, ianya membantu untuk mencipta mood bagi filem Avengers 4. Kekacauan selepas Avengers: Infinity War kini semakin serius dan dunia sudah lumpuh.

KESIMPULAN

Bagaimana Scott akan terselamat dari Quantum Realm dan apakah kaitan Quantum Realm dengan filem Avengers 4 akan diketahui selepas ini dalam Avengers 4 ataupun Captain Marvel. Apapun, buat masa ini, Ant-man boleh dilayan sebagai sebuah filem santai Marvel untuk tahun ini. Ant-man and the Wasp kini di pawagam berhampiran! 

Comments

Menarik!

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Ulasan Filem: Geran (2019)

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Post-Kredit Filem 'Geran' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]