Adamantium Vs Vibranium: Logam Manakah Yang Lebih Hebat?


Adamantium dan Vibranium ialah dua besi yang mana boleh dikatakan kuat dan juga hebat digambarkan dalam komik Marvel. Namun, ramai yang masih belum tahu apakah perbezaan kedua-dua logam ini. Logam manakah yang lebih kuat? Logam mana yang paling hebat? Artikel ini bakal menjelaskannya.


Logam Vibranium mendapat namanya kerana kebolehannya untuk menyerab dan menggetarkan tenaga kinetik ke dalam logam tersebut. Perkara ini yang membolehkan watak seperti Captain America dan Black Panther mempunyai kekuatan yang luar biasa untuk bertempur. Kebolehan Vibranium sememangnya hebat. Tapi adakah ianya sehebat Adamantium?

Adamantium pula tidak diketahui bagaimana asal usul namanya. Tetapi, kedua-dua logam ini berada dalam dunia komik Marvel semenjak dari dulu lagi. Dan sebenarnya, Adamantium dan Vibranium mempunyai sejarah yang sangat membingungkan pembaca komik. Teruskan pembacaan korang.

ASAL USUL 

Vibranium ialah kurniaan alam semulajadi yang sememangnya unik. Ianya dipercayai mempunyai asal-usul di luar bumi seperti yang dikisahkan dalam Black Panther. Ianya boleh ditemui di negara Wakanda. Ianya ialah logam yang mana digunakan untuk mencipta perisai Captain America dan juga suit Black Panther. Orang yang bertanggungjawab dalam hal ini ialah Dr. Myron Maclain.

Adamantium pula ialah logam buatan. Selepas kejayaan menggunakan vibranium ke atas adiwira, Dr. Mclain cuba untuk mencipta proses untuk menggabungkan besi biasa dengan vibranium, namun ianya gagal. Kegagalan ini sebenarnya tanpa sengaja telah mencipta adamantium. Dengan beberapa ujikaji, maka lahirlah program Weapon X yang mana mewujudkan Wolverine.

SIFAT LOGAM

Sifat unik vibranium ialah ianya boleh menyerab tenaga kinetik. Ianya boleh menggetarkannya lalu mencipta tenaga fizik dan juga gelombang bunyi. Tenaga ini diserap dan disimpan dalam ikatan molekul yang mana menjadikan logam ini sukar untuk dimusnahkan.

Adamantium pula secara zahirnya memang tidak boleh dimusnahkan. Ianya amat pejal dan boleh menahan letupan nuklear. Adamantium boleh memotong sebarang logam dan objek yang lemah darinya. Besi aloi dan vibranium aloi boleh dicampurkan bersama dan distabilkan sehinggalah adamantium tidak boleh dimanipulasi lagi.

KELEMAHAN

Walaupun vibranium boleh menyerap tenaga yang banyak, ianya mempunyai had. Pernah dalam komik dikisahkan Roxxon Corporation cuba meletupkan sebuah pulau yang kaya dengan vibranium. Logam itu menyerab kesemua daya letupan dan seluruh vibranium di pulau tersebut musnah.

Adamantium pula boleh dimusnahkan apabila dipanaskan kepada suhu yang melampau. Ianya juga boleh dipecahkan namun tidaklah sehingga serpihan kecil.

ADAMANTIUM VS VIBRANIUM

Jika dilihat, vibranium ialah logam yang tahan lasak manakala adamantium pula ialah logam yang padat. Secara teorinya, adamantium boleh memotong vibranium yang asli. Jadi, jika pertarungan antara Black Panther dan Wolverine, Wolverine mungkin akan mendahului dengan adanya kekuatan adamantium. 



Catat Ulasan

0 Ulasan