TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Reboot? Remake? Sekuel? Prekuel? Spin- Off? Cross-Over? Apa Tu?



Korang pernah dengar bukan reboot, remake, sekuel, prekuel, spin-off dan cross-over? Dengan pelbagai francais filem yang berkembang, semestinya istilah-istilah ini sering digunakan untuk menggambarkan sesuatu filem. Istilah ini juga seperti cangkuk yang melekatkan filem terdahulu sebelumnya, atau filem selepas itu.

Kita sering dengar istilah ini barangkali dalam francais filem seperti Fast & Furious, Harry Potter, Terminator dan ramai lagi. Namun, berapa ramai dari korang memahami benar apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah filem ini?


Baiklah, sambil rehat-rehat, kami akan explen definisi istilah-istilah berikut.

1. Sekuel

Sekuel boleh didefinisikan dengan mudah sebagai sebuah kesinambungan cerita dari filem yang pernah ada sebelumnya. Sekuel ni selalunya ialah kisah baru yang berlaku selepas tamatnya filem pertama seperti Iron Man, yang mana diikuti dengan Iron Man 2, dan kemudiannya Iron Man 3. Ketiga-tiga filem Iron Man mempunyai kisah dan watak antagonis berbeza dan di akhir filem, solusinya diberikan dengan watak antagonis menerima nasib malang.

Ada juga sekuel yang mana menyambung kisah daripada filem pertama yang tertangguh pada penamat filemnya. Antara filem ini ialah Lord of the Ring yang mana tiga buah filemnya berkisar tentang pengembaraan yang berkesinambungan antara filem-filemnya. 

Ada juga sekuel yang mana mempunyai genre yang berbeza-beza tetapi masih lagi latar masanya berlaku selepas filem yang sebelumnya. Fast & Furious contohnya bermula dengan sekuel-sekuel yang memaparkan tema lumba haram sebelum pada sekuel keempat, filem ini bertukar menjadi filem rompakan sehinggalah sekuel terkini.

2. Prekuel

Jika sekuel ialah filem yang berlatarkan masa selepas kejadian filem pertama, prekuel pula ialah filem yang menceritakan kejadian yang berlaku sebelum filem pertama. Filem-filem prekuel selalunya mengisahkan bagaimana permulaan kepada insiden dalam filem pertamanya. Sebagai contoh, filem The Purge (2013) mengisahkan dunia sesi 'purging' yang sudah berlaku sekian lama. Maka, untuk menceritakan bagaimana 'purging' ini bermula, The First Purge (2018) dicipta sebagai prekuel untuk menceritakan bagaimana undang 'purging' terbentuk.

Prekuel selalunya dicipta untuk melengkapkan beberapa naratif yang agak longgar dalam filem asal. Malah, prekuel juga selalunya dicipta untuk memberi ruang kepada penonton untuk melihat bagaimanakah permulaan kepada watak yang penting dalam filem asal. Sebagai contoh, dalam filem Silence of the Lambs (1991), penonton diperkenalkan dengan Hannibal yang mana seorang kanibal psiko. Tetapi, kita tidak tahu bagaimana Hannibal menjadi sebegitu. Jadi, filem Hannibal Rising (2007) menjadi prekuel yang mengkisahkan permulaan Hannibal sebelum menjadi kanibal.

2. Reboot

Reboot ialah filem yang mana penceritaan filem itu diolah kembali disebabkan pelbagai sebab. Antara sebab reboot berlaku ialah kerana kegagalan filem terdahulu yang mana tidak mendapat respon positif daripada peminat. Antara filem yang direboot selepas filem pertama gagal ialah Hitman: Agent 47 (2015). Filem ini pernah dibikin pada tahun 2007 namun gagal mendapat sambutan.

Namun, tidak semua filem reboot dilakukan atas dasar sambutan filem terdahulu. Ada juga filem yang direboot untuk menyegarkan filem tersebut untuk generasi kini. Contohnya, filem James Bond menerima reboot pertamanya, Casino Royale selepas Daniel Craig mengambil alih peranan sebagai James Bond. Begitu juga dengan siri filem Star Trek. Tomb Raider juga direboot pada tahun 2018!

Ada juga filem yang direboot kerana masalah dalaman penerbit. Perkara ini berlaku kepada filem watak Spider-man yang direboot sebanyak dua kali! Selepas filem trilogi Spider-man arahan Sam Raimi, Sony membuat siri filem The Amazing Spider-man yang hanya bertahan sebanyak dua sekuel. Selepas itu, Spider-man direboot sekali lagi ke dalam Marvel Cinematic Universe oleh Disney.

3. Remake

Remake hampir sama dengan reboot. Remake boleh didefinisikan sebagai filem yang dibikin semula. Filem remake akan mengabaikan timeline filem terdahulu. Walaupun watak-watak ialah watak yang kita kenali, jalan ceritanya diberi nafas baru. Selalunya, pengarah filem remake akan meletakkan easter egg sebagai penghargaan kepada filem lepas.

Sebagai contoh, Nightmare on Elm Street (2010) ialah sebuah filem remake kepada siri filem Nightmare on Elm Street sebelumnya. Filem remake tersebut tidak berkait langsung dengan filem sebelum itu. Tetapi, beberapa pengulangan dan peniruan babak daripada filem-filem sebelumnya dibuat semula dengan nafas baru yang lebih segar.



Jika sesuatu filem tersebut mengandungi twist, remake selalunya akan cuba mencipta plot twist baru supaya penonton tidak dapat mengagak pengakhiran filem tersebut. Oldboy (2003) dan remakenya, Oldboy (2013) mempunyai pengakhiran yang berbeza walaupun plotnya hampir sama. Yalah, dah nama pun remake (buat semula).

Filem remake selalunya dibikin atas dasar untuk memperbaharui sesebuah filem dengan teknologi baru dan audiens baru. Filem It contohnya direboot dengan teknologi terkini dengan kisah yang hampir sama. Selain itu, filem seperti Leatherface, Texas Chainsaw Massacre juga direboot semula kerana filem asal dibikin pada era teknologi filem yang agak rendah. Oldboy, The Eye pula dibuat remake untuk audiens Amerika selepas filem asal berjaya di Asia.

5. Spin-off

Apabila sesebuah filem tersebut berjaya dan ada satu daripada karakter dalam filem itu menjadi dominan dan digemari penonton, penerbit filem akan cuba untuk mencipta sebuah filem khas untuk watak tersebut. Itulah yang didefinisikan oleh spin-off. Seperti contoh, apabila penonton teruja dengan kemunculan watak Scorpion King dalam The Mummy 2 (even CGInya teruk), Universal Studio lalu menciptakan filem khas untuk watak tersebut yang diberi nama The Scorpion King.

Begitu juga dengan The Conjuring. Apabila watak Annabelle yang muncul dalam filem tersebut menjadi perhatian, patung tersebut mendapat filemnya sendiri yang bertajuk Annabelle. Malah, Fast & Furious juga akan menerbitkan sekuel berkaitan watak Hobbs dan Deckard Shaw kelak kerana populariti watak itu!

6. Cross-over

Cross-over ialah satu istilah yang digunakan untuk filem yang mempertemukan karakter-karakter dari beberapa filem sebelumnya. Senangnya, cross-over ini ialah filem seperti Marvel Cinematic Universe dimana watak-wataknya boleh masuk dalam filem watak lain sesuka hati. Sebagai contoh, Iron Man muncul dalam filem Spider-man: Homecoming dan Captain America: Civil War.

Selain membina francais yang kukuh, filem cross-over juga dicipta untuk menunaikan permintaan peminat yang mahu watak yang mereka minati berada dalam satu filem. Freddy dan Jason pernah bertembung dalam filem Freddy vs Jason. Watak Alien dan Predator pula bertembung dalam filem Alien vs Predator! Crossover ini selalunya menampilkan pertempuran sengit dimana salah satu watak akan menjadi antagonis dan satu lagi sebagai prontagonis.



So, sekarang korang bolehlah pakai istilah di atas dengan mudah dan gah! Lepas ni, jangan salah guna istilah lagi tau! Sekian!


Comments

Menarik!

Stephen Chow Sahkan 'Kung Fu Hustle 2' Kini Bakal Menjalani Pengggambaran

Marvel Studios Rancang Bangkitkan Semula Watak Thanos Dalam Filem MCU

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Remake 'The Raid' Versi Hollywood Kini Sudah Ada Sinopsis Dan Tajuk

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Ulasan Filem: War (2019)

Mark Ruffalo Bakal Ditawar Berlakon Dalam 'Parasite' Versi Siri TV

Aziz M. Osman Bakal Bikin Filem Terbaru Melibatkan Senario

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Selepas Han, Gisele Bakal Kembali Dalam Francais 'Fast and Furious'