Ini Ialah Durasi Masa Kemunculan Setiap Karakter Dalam Filem 'Infinity War'



Infinity War semestinya ialah sebuah filem yang bercita-cita tinggi. Filem ini menggabungkan ramai watak superhero dalam sebuah filem dan ianya tidak pernah dilakukan dalam mana-mana francais sebelum ini. Ada watak yang muncul agak singkat daripada disangka, dan ada yang mendapat masa kemunculan yang agak lama.


Seorang pengguna IMDB telah mengumpulkan huraian durasi masa untuk setiap watak utama dalam filem Avengers: Infinity War. Pengguna yang menggunakan nama ninewheels0 itu mendedahkan bahawa durasi masa ini ialah anggaran dan mungkin akan lari beberapa saat daripada kiraan asli yang hanya boleh dibuat bila Blu-ray terbit nanti.

Berikut ialah senarainya:

Thanos (Josh Brolin) - 29 minit
Gamora (Zoe Saldana) - 19 minit 30 saat
Tony Stark (Robert Downey Jr.) dan Thor (Chris Hemsworth) - 14 minit 30 saat
Doctor Strange (Benedict Cumberbatch) - 11 minit 30 saat
Star-lord (Chris Pratt) - 10 minit 15 saat
Vision (Paul Bettany) - 9 minit 45 saat
Scarlet Witch (Elizabeth Olsen) - 9 minit
Bruce Banner (Mark Ruffalo) - 8 minit 45 saat
Spider-man (Tom Holland) - 7 minit 30 saat
Steve Rogers (Chris Evans) - 6 minit 45 saat
Rocket (Bradley Cooper) - 6 minit
Black Widow (Scarlett Johansson) - 5 minit
Drax (Dave Bautista) dan Mantis (Pom Klementieff) - 4 minit 45 saat

The Black Order
Ebony Maw (Tom Vaughan-Laylor) - 4 minit
Proxima Midnight (Carrie Coon) - 4 minit
Cull Obsidian (Terry Notary) - 3 minit 45 saat
Corvus Glaive (Michael James Shaw) - 3 minit 30 saat

Black Panther (Chadwick Boseman) - 3 minit 30 saat
Groot Remaja (Vin Diesel), Nebula (Karen Gillan), Okoye (Danai Gurira) dan Loki (Tom Hiddleston) - 3 minit 15 saat
War Machine (Don Cheadle) - 3 minit
Eitri (Peter Dinklage) dan Wong (Benedict Wong) - 2 minit 45 saat
Falcon (Anthony Mackie) - 2 minit 15 saat
Bucky (Sebastian Stan) - 2 minit
Petter Potts (Gwyneth Paltrow), Red Skull (Ross Marquand) - 1 minit 30 saat
Shuri (Letitia Wright), M'baku (Winston Duke), Secretary Ross (William Hurt), Nick Fury (Samuel L Jackson) - 60 saat
Maria Hill (Cobie Smulders), Heimdall (Idris Elba) dan The Collector (Benicio del Toro) - 45 saat
Ned Leeds (Jacob Batalon) - 15 saat

Infinity War kini di pawagam!



Catat Ulasan

0 Ulasan