Apabila Korang Sedar Scarlet Witch Pernah Tidur Bersama Thanos, Loki, Apocalypse dan Quicksilver


Elizabeth Olsen, bintang Avengers: Infinity War yang memegang watak Scarlet Witch mungkin kelihatan sebagai penyelamat dunia di samping para Avengers.Namun, jika dilihat pada sejarah filem lakonan pelakon ini, sebenarnya Elizabeth Olsen pernah mengadakan hubungan intim bersama watak-watak antagonis Avengers!

Ya, pelakon yang berani mendedahkan setiap inci tubuhnya ini pernah menjalinkan hubungan ranjang dengan beberapa pelakon watak Infinity War termasuklah Thanos dan juga Loki dalam dua filem berbeza. 


Filem Oldboy (2013) yang menggandingkan Josh Brolin dan juga Elizabeth Olsen menyaksikan kedua pelakon ini melakonkan adegan intim berani dengan mendedahkan keseluruhan tubuh. Dan ianya agak pelik apabila dalam dunia Marvel Cinematic Universe, Josh Brolin memegang watak antagonis, Thanos.


Dalam filem I Saw The Light (2016), pelakon ini pula dengan tanpa segan silu mengadakan hubungan intim dengan Tom Hiddleston. Agak menarik di sini dimana Tom Hiddleston memegang watak Loki dalam filem Avengers yang merupakan watak antagonis!


Malah, bukan di situ sahaja. Elizabeth Olsen juga pernah mengadakan hubungan intim dengan Oscar Isaac dalam filem In Secret (2014). Oscar Isaac ialah pelakon yang memegang watak Apocalypse dalam filem X-Men: Apocalypse (2016). 


Tambah gila lagi, Elizabeth Olsen juga pernah berpasangan dengan Aaron Taylor Johnson dalam filem Godzilla (2014). Aaron Taylor Johnson pula ialah memainkan watak Quicksilver, adik beradiknya sendiri dalam filem Avengers: Age of Ultron.

Bila anda sedar yang Scarlet Witch pernah berhubungan asmara dengan Loki, Thanos dan Apocalypse dan berkasih dengan Quicksilver yang mana kembarnya sendiri, apa korang rasa? Pelik kan? 

Catat Ulasan

0 Ulasan