TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Dukun (2018)

Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Dain Iskandar Said
Pelakon | Umie Aida, Nam Ron, Faizal Hussein, Bront Palarae

Dukaun ialah sebuah filem yang sebenarnya memberi kesan baru terhadap pandangan penonton Malaysia untuk filem seram. Selalunya, kita dimomokkan dengan filem seram yang mempunyai hantu, jump scare dan juga elemen seram biasa yang mainstream dan mudah untuk diikuti. Tapi, Dukun lari sebaliknya membuka kotak pemikiran rakyat Malaysia yang masih belum terbuka. 

Kenapa aku katakan minda rakyat Malaysia masih belum terbuka dengan filem berat sebegini? Ramai sebenarnya yang berkata ‘itu je ke?’ dan tidak memahami bahawa Dukun bukanlah sebuah filem mainstream seram biasa. Dain Said selaku pengarah tidak cuba untuk memberi filem seram mudah yang mana apabila keluar dari penonton, penonton boleh berasa lega. 

Apa yang Dain Said mahu beri ialah, seusai sahaja filem ini ditonton, filem itu masih kekal di dalam otak. Penonton diajak untuk berfikir logika dan juga tersirat di sebalik setiap babak. Jadi, jika kau datang wayang nak enjoy terkejut terkejut macam Munafik, Khurafat dan beberapa filem seram lain, lupakan sahaja niat untuk menonton Dukun. 

Dukun ialah sebuah masterpiece. Walaupun filem ni bukanlah seram, sebaliknya ianya sebuah filem courtroom drama yang menyaksikan bagaimana Diana Dahlan disabitkan pertuduhan bunuh, ianya tetap menarik. Dain Said berjaya mewujudkan pelbagai gaya dialog yang sekaligus mengajak kita untuk berfikir dan kagum dengan setiap kata berseni yang dituturkan. Setiap ayat tidak kosong, ianya ada makna. 

Gaya penceritaan Dain Said semestinya sedikit kompleks. Babak filem yang banyak menggunakan flashback seperti dimudahkan bagi penonton untuk mengikutinya. Dain Said cuba untuk meringkaskan kuasa penceritaannya dan sekaligus membuatkan penonton untuk lebih mudah memahami Diana Dahlan. 

Simboliknya, Dukun ialah sebuah kisah tentang wanita dan pilihan hidup. Dain Said mengungkap bagaimana kuasa lelaki terhadap wanita, dan sekali harung juga, ianya menceritakan tentang pilihan hidup. Karim dengan masalahnya, Diana Dalan dengan pilihannya, Dato Jeffri juga dengan pilihannya. Setiap pilihan ada akibat, dan ianya tanggungjawab kita untuk menerimanya. 

Kerja kamera ringkas sahaja. Begitu juga dengan editing yang kelihatan agak tenang untuk menggambarkan babak yang ingin dipaparkan. Tidak ada cubaan untuk jump scare, namun, ianya tetap mengasyikkan. 

Umie Aida melakonkan watak Diana Dahlan dengan sangat baik. Lakonannya semestinya boleh dipuji walaupun pelakonnya kini sudah mengenakan hijab. Ternyata, bakat yang disimpan selama 12 tahun untuk watak Diana Dahlan kini dapat disaksikan oleh seluruh Malaysia. Dan mungkin juga Umie Aida boleh dikatakan masih mempunyai daya tarikan tersendiri untuk generasi kini. 

Lakonan Faizal Hussein tidak dapat disangkal lagi. Malah, kekuatan lakonan Nam Ron dan jenaka Bront Palarae juga begitu rancak dan juga cukup sifat. Digaul sempurna dengan kata dialog yang mengujakan tetapi ringkas dan bersahaja, filem ini memang terbaik. Level kengeriannya juga boleh dikatakan agak baik dan berani! 

Rekomendasi menonton untuk penonton yang mahu menonton filem yang sedikit out of the box. Terlalu banyak mesej tersirat dan mesej yang dalam untuk difikirkan dalam minda selepas selesai keluar wayang. Ianya bukan filem jump scare, ianya sebuah filem dukun. Dan dukun tidak mengejutkan orang! 

Sebuah nafas baru filem thriller tempatan!

4.5/5

Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Geran (2019)

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Post-Kredit Filem 'Geran' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]