TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Babak Komik: Asal Usul Cheetah, Musuh Wonder Woman



Cheetah pertamakali muncul dalam komik Wonder Woman Vol 2 #7 pada Ogos 1987. Nama asal Cheetah ialah Dr. Barbara Minerva, seorang ahli arkeologi yang mana melaksanakan ekspedisi ke hutan Afrika untuk mencari kota yang hilang. Di dalam hutan, dia ditawan oleh puak Urzkartagan selepas dikhianati oleh pemandu arah. Namun, dia berjaya melarikan diri bersama seorang lagi melalui jalan sungai.

Ditakdirkan, mereka akhirnya bertemu dengan kota yang hilang itu. Ketika penemuan itu, satu ritual sedang dijalankan untuk memindahkan roh tuhan cheetah ke dalam tubuh seorang tua yang telah meninggal dunia. Malangnya, ketika ritual belum sempurna, kota itu diserang. Chuma diselamatkan oleh Barbara dan melarikan diri. Ketika inilah Chuma mendapat tahu bahawa ritual itu hanya boleh dilakukan ketika bulan penuh untuk menukar manusia menjadi tuhan cheetah. Orang yang mempunyai roh tuhan cheetah juga akan mempunyai kekebalan dan juga tidak tua. 

Taksub dengan kehebatan untuk menjadi tuhan cheetah, Barbara membunuh rakannya sebagai korban dan dia kini sempurna menjadi Cheetah. Barbara memusnahkan kesemua kumpulan yang menyerang kota lama tersebut dan kembali ke England dengan jiwa Cheetah yang boleh didatangi bila-bila masa.

Namun, kekebalan Cheetah tidak lama apabila dia sebenarnya mengetahui dia perlu membunuh untuk menjadikan dirinya kuat! 

Namun, di dalam komik Justice League Vol 2 #14, kisah Cheetah dikembangkan lagi dengan mengaitkan ianya dengan puak San yang mana sentiasa bersama dengan cheetah.




Checkout kostum terbaru daripada filem Wonder Woman 2! Jangan lupa SUBSCRIBE Channel kami juga ya!
 

Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Watak Han Mungkin Akan Muncul Semula Dalam Filem 'Fast & Furious 9'?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Kevin Feige Dedah Nasib Mangsa Petikan Jari Thanos Yang Berada Di Atas Kapal Terbang

Disney Beri Lampu Hijau Untuk Terbitkan Sekuel Filem 'Aladdin'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Asal Usul Sebenar Ayat 'I Love You 3000' Dalam Filem 'Avengers: Endgame'

Wesley Snipes Akan Lakonkan Watak Antagonis Dalam 'Blade' Versi MCU?

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]