TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Badang vs Black Panther: Adakah Badang Bakal Kecundang?


Akhirnya, filem yang dilakonkan oleh Dato' Aliff Syukri yang disutradai oleh Prof A Razak Mohaideen akan menemui penonton. Filem yang bakal menampilkan superhero Malaysia terbaru selepas Cicakman ini turut mendapat sentuhan daripada KRU Studios untuk kesan khasnya. Ianya bakal menambah satu lagi senarai superhero Malaysia yang pernah wujud setakat ini.


Rata-rata penonton sebenarnya tidak memberikan harapan yang tinggi terhadap filem ini. Hal ini sekaligus sebenarnya menyebabkan kutipan tiket filem ini boleh dijangka. Malah, daripada trailer yang dipromosikan, ianya kelihatan gagal untuk meyakinkan kebanyakan penonton walaupun kesan khasnya kelihatan amat baik.

Badang Bakal Kecundang?

Badang bakal ditayangkan pada 15 Februari 2018. Ianya sebenarnya bukanlah sebuah langkah yang baik untuk sebuah filem yang menampilkan pelakon baru seperti Dato' Aliff Syukri. Pada tanggal sama, filem Marvel Cinematic Universe terbaru, Black Panther akan ditayangkan. Berbekalkan kuasa pengguna yang semestinya mengetahui kualiti filem MCU, sudah pasti Badang akan diketepikan. 

Pilihan tarikh ini semestinya bakal menyebakan kutipan merudum dan tidak dapat menyelamatkan sedikit pun Badang daripada ditumpaskan Black Panther. Superhero baru yang entah tidak ada asal usul dan peminat bertarung dengan superhero yang sudah wujud semenjak 1960an yang sudah diminati seluruh dunia. Ianya percaturan kurang bijak.

Mungkinkah pertembungan ini boleh dielakkan dengan menukar tarikh tayangan ke tarikh yang lebih selamat? Kami sendiri tidak pasti bagaimana penyusunan tarikh tayang filem tempatan tetapi apa jika keadaan sebegini, nasib filem tempatan sudah boleh dijangka. Peluang untuk survive amatlah tipis. Jika selamat, ianya sebuah keajaiban. 


Jika tarikh ini boleh diubah, adalah pelik kenapa pihak produksi Badang tidak memilih tayangan yang lebih baik sedangkan tarikh tayang filem luar sudah boleh diketahui awal setahun atau lebih awal daripada itu. Adakah pasukan yang bertungkus lumus dengan filem Badang tidak pernah memikirkan survival filem Badang dan tidak tahu betapa kuatnya peminat filem Marvel di Malaysia dan dunia?

Apapun, good luck Badang! Selamat bertempur dengan Black Panther.

Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Disney Dilaporkan Minta Sony Kongsi 25% Keuntungan 'Spiderman', Bukan 50%

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

George Lucas Dedah Makna Nama Robot R2D2 Dan C-3PO Dari Filem 'Star Wars'

Ulasan Filem: Krasue Inhuman Kiss (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Paskal' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Seven (2019)