Jom Tonton Trailer - Alita: Battle Angel


Alita: Battle Angel ialah filem si-fi terbaru berdasarkan daripada manga Battle Angel Alita karya Yukito Kishiro yang bakal ditayangkan pada 20 Julai 2018 (tayangan US). Filem ini diterbitkan oleh James Cameron dan Jon Landau dan diarahkan oleh Robert Rodriguez daripada lakonlayar James Cameron, Robert Rodriguez dan Laeta Kalogridis.


Proese produksi dan tayangan filem ini kerap ditangguhkan kerana fokus James Cameron kepada Avatar dan sekuelnya. Filem ini dibintangi Rosa Salazar sebagai watak utama. Antara pelakon lain yang menjayakan filem ini ialah Christoph Waltz, Jennifer Connelly, Mahershala Ali, Ed Skrein, Jackie Earle Haley dan Keean Johnson. 

   

James Cameron menyatakan bahawa filem ini ialah cubaan mengadaptasi kisah akar manga asal yang mana akan memberi fokus kepada empat komik awal. Dia juga mahu memasukkan elemen sukan fiksyen Motorball daripada komik ketiga dan keempat. Watak utama filem ini menggunakan teknik motion capture. Mesti best, kan?

Catat Ulasan

0 Ulasan