Asal-usul Lagu 'The Cup Song' Dari Filem 'Pitch Perfect'



Bagi anda yang menonton filem Pitch Perfect, anda sudah pasti sudah biasa dengan lagu When I'm Gone ataupun lebih dikenali sebagai The Cup Song. Lagu yang dipopularkan oleh Anna Kendricks itu kini menjadi lagu yang sangat unik kerana menggunakan gelas untuk membentuk muziknya yang ringkas. Ramai yang mencuba dan berjaya, dan ada yang tidak.



Baiklah, hari ini kita akan telusuri sejarah lagu ini. Mesti korang tak tahu bahawa lagu ini sudah lama wujud semenjak dahulu lagi. Kan?

Lagu ini pada awalnya dinyanyikan oleh Carter Family dengan tajuk When I'm Gone pada tahun 1931 (klik untuk dengar). Lagu ini menggunakan gelas untuk membentuk bunyi muzik dan selalunya dimainkan dalam satu permainan yang dikenali sebagai cup game. Permainan ini popular di kalangan kanak-kanak dimana mereka perlu membentuk rima lagu menggunakan gelas.

When I'm Gone dipersembahkan kembali oleh seorang pengguna Youtube yang dikenali sebagai Lulu and The Lampshades pada tahun 2009 (klik untuk dengar) sebelum dipopularkan semula oleh Anna Kendricks dalam filem Pitch Perfect pada tahun 2012. 


Catat Ulasan

0 Ulasan