Marston, Pencipta Wonder Woman Penggemar BDSM

Anda kenal Wonder Woman? Maka anda harus kenal penciptanya William Moulton Marston (May 9, 1893 – May 2, 1947).


Beliau juga dikenali dengan nama pena Charles Moulton. Berasal dari Amerika, beliau ialah seorang psikologist, perekacipta dan juga penulis komik yang bertanggungjawab membawa Wonder Woman ke dunia komik. 



Dua orang wanita dalam hidupnya, Elizabeth Holloway Marston (isterinya) dan Olive Byrne (seorang perempuan yang tinggal bersama pasangan itu) menjadi inspirasi besar kepada watak Wonder Woman. 

Marston mendapat pendidikan di Harvard University. Beliau ialah pencipta 'systolic pressure test' yang mana menjadi komponen utama dalam penciptaan mesin polygraph. Selain itu, beliau juga ada menulis penulisan ilmiah dalam bidang psikologi. 

Ketika satu interview yang dilakukan pada Oktober 1940 oleh pelajarnya yang bertajuk "Don't Laugh at the Comics" disiarkan dalam majalah The Family Circle, beliau mendapat perhatian penerbit komik, Max Gaines. Dia tertarik dengan komentar Marston yang menyatakan bahawa beliau nampak potensi pendidikan dalam komik. 


Max Gaines lalu mengupah Marston sebagai penasihat untuk penerbitan National Periodicals dan All-American Publications. Dua kompeni inilah yang kemudiannya bergabung menjadi DC Comics. 

Pada awalnya Marston menamakannya Suprema. Tapi, akhirnya menjadi Wonder Woman seperti yang kita kenali hari ini.

Ketika awalnya, watak Wonder Woman dikenali dengan kontroversi! Korang nak tahu apa kontroversi yang melanda watak Wonder Woman dan kisah di sebaliknya? Kisah Charles Moulton sudah difilemkan.


Filem Professor Marston and the Wonder Women mengisahkan bagaimana kehidupan Marston sehingga terciptanya watak Wonder Woman. Suka Filem cuba untuk mencari tarikh tayangan filem ini di Malaysia namun masih tiada maklumat tentang tayangan filem ini. 

Filem ini menampilkan, Luke Evans, Rebecca Hall dan Connie Britton. Filem ini diarahkan oleh Angela Robinson.


Pada awalnya, Wonder Woman memang dipenuhi dengan adegan kinky yang membolehkan minda dewasa melihat watak itu dengan elemen seks. Kelemahan Wonder Woman pada awalnya ialah apabila dirinya diikat dengan ketat, dia akan hilang kuasa. Jadi, Marston menggambarkan pelbagai ikatan di tubuh Wonder Woman yang menjadi kontroversi pada awal komik tersebut dikeluarkan.

Memang tidak dinafikan menurut sumber, professor ini juga ialah penggemar BDSM yang mana kepuasan seks tercapai dengan aktiviti mengikat diri dan juga kesakitan

Catat Ulasan

0 Ulasan