'My Heart Will Go On' Hampir Jadi Lagu Yang Tidak Pernah Didengar!

Tahukah korang, lagu My Heart Will Go On sebenarnya hampir tidak digunakan dalam filem Titanic?



Pada awal pembikinan Titanic, James Cameron hanya mahukan muzik latar tanpa sebarang lagu yang dinyanyikan. Baginya, muzik instrumental sudah cukup untuk menyampaikan emosi filem tersebut.

Namun, komposer James Horner mempunyai idea lain. Tanpa pengetahuan James Cameron, beliau menghasilkan sebuah demo berdasarkan melodi yang diciptanya dan meminta penulis lirik Will Jennings menulis lirik untuk lagu itu. Demo tersebut kemudian diberikan kepada Céline Dion untuk dirakam.

Menariknya, Céline Dion juga pada mulanya kurang yakin dengan lagu itu. Suaminya yang juga pengurusnya, René Angélil, memujuk beliau supaya mencubanya. Dion akhirnya merakam lagu itu hanya sekali, dan rakaman pertama itulah yang digunakan dalam versi akhir.

Apabila James Cameron mendengar demo tersebut, dia terus berubah fikiran. Lagu itu akhirnya dipilih sebagai lagu penutup Titanic, sekali gus menjadi antara keputusan terbaik dalam sejarah filem.

Dilancarkan pada tahun 1997, My Heart Will Go On bukan sahaja menguasai carta muzik di lebih 20 negara, malah memenangi pelbagai anugerah berprestij termasuk Oscar untuk Best Original Song, Golden Globe, serta empat Anugerah Grammy.

Sehingga hari ini, lagu tersebut masih dianggap antara lagu tema filem paling hebat pernah dihasilkan. Sebaik sahaja alunan serulingnya bermula, ramai peminat terus teringat kepada kisah cinta tragis Jack dan Rose di atas kapal Titanic.

Kadang-kadang, karya yang hampir ditolak itulah akhirnya menjadi legenda. Kan??

Catat Ulasan

0 Ulasan