Defenderz bakal sekali lagi memukau para penonton filem Malaysia dengan koreografi aksi dalam filem Tarung: Unforgiven. Filem aksi pertarungan yang menampilkan gabungan pelakon hebat seperti Zul Ariffin dan juga Bront Palarae ini turut menggabungkan pelakon terkenal seperti Amir Ahnaf, Amerul Aiman dan juga Aedy Ashraf.
Menurut temubual ringkas team Suka Filem bersama pelakon filem ini, Amir Ahnaf, penonton boleh menjangkakan filem ni mempunyai aksi yang lebih memuaskan. Membandingkan perbezaan aksi dari filem Kapla: High Council, pelakon ini yang turut terlibat dalam filem Pendekar Awang suatu ketika dulu menyatakan bahawa koreografi filem ini amat memuaskan.
Tarung: Unforgiven merupakan sebuah filem arahan Razaisyam Rashid bakal ditayangkan di pawagam mulai 7 Mei 2026.





0 Ulasan