Ini Rupanya Dialog Yang Dipadam Dalam Satu Babak Filem 'Banduan'

Banduan kini sedang mengganas di pawagam. Dengan rating 16, filem ini mempunyai satu dialog yang telah dipadamkan. Walaupun dialog itu tidaklah penting, akhirnya, penonton dapat mendengar dialog tersebut dalam satu klip yang mana dilepaskan untuk promosi tayangan filem ini di Singapura.


Dalam babak tersebut, watak lakonan Fadhli Masoot menyatakan bahawa banyak perubahan di Malaysia dalam masa 10 tahun. Salah satunya ialah filem Malaysia sudah mencecah kutipan RM100 juta. Satu lagi perubahan yang didedahkan dalam klip video terbaru ialah banduan menjadi perdana menteri. 



Walaupun begitu, penonton mempersalkan bagaimana dialog yang lebih kurang sama dalam filem Sheriff boleh pula lepas.

 

Apapun, Banduan kini mengganas di pawagam.

Catat Ulasan

0 Ulasan