Niezam Cabar Diri Untuk Tampil Berbeza Dalam Filem 'Orang Perang'

Niezam Zaidi, pelakon yang cukup dikenali menyatakan bahawa kemunculan dalam filem terbaru arahan Hashim Rejab, Orang Perang merupakan satu cabaran baru untuk dirinya. Sebagai seorang pelakon, dia sentiasa mempertingkatkan mutu lakonannya dan tidak pernah bersaing dengan pelakon pelakon lain sebaliknya bersaing dengan dirinya sendiri. 

Setiap helaian naskah yang hendak divisualkan merupakan satu tanggungjawab yang besar kerana ianya diinspirasikan dari kisah benar. 


Orang Perang merupakan sebuah filem aksi perperangan yang berkisar tentang Unit Senoi Praaq, sebuah unit yang terdiri dari kaum orang asli. Senoi Praaq bermakna Orang Perang dalam Bahasa Malaysia.

Diarahkan oleh Hashim Rejab, filem ini menampilkan lakonan Niezam Zaidi, Adam Corrie, Fauzi Nawawi, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi!

Akan datang!

Catat Ulasan

0 Ulasan