Pernah tak terfikir, kenapa kita panggil trailer kalau sebenarnya ia ditayangkan sebelum filem bermula? Haa, jom kita bongkar asal usul nama ni…
Tahukah anda, trailer pertama direkodkan seawal tahun 1913? Tapi waktu tu, trailer bukan macam sekarang. Ia ditayangkan selepas filem utama habis. Sebab itu dinamakan trailer yang berasal daripada perkataan “trail” yang bermaksud mengikut di belakang, sama seperti gerabak trailer lori yang mengekori kepala treknya.
Masalahnya, bila trailer diletakkan selepas tayangan filem, penonton dah ramai keluar pawagam dulu! Maka, usaha promosi pun sia-sia. Akhirnya, industri filem ambil langkah bijak. Trailer dialihkan ke hadapan sebelum filem utama ditayangkan.
Namun, walaupun kedudukannya berubah, nama “trailer” kekal digunakan sampai ke hari ini. Ironi kan? Tapi itulah sejarah menarik di sebalik istilah yang kita masih guna hingga kini.
So… sekarang dah tahu kenapa trailer dipanggil trailer walaupun dia tayang dulu!
Dapat sesuatu? Kongsilah dengan geng kaki pawagam yang belum tahu cerita ni! 🍿🎬





0 Ulasan