Dua Anggota Tentera Maut Bom Meletup Di Set Penggambaran Filem Arahan Mat Sentul!

Mat Sentul merupakan antara pelakon dan pengarah yang cukup popular di eranya. Antara filem-filem hit lakonannya seperti Mat Bond, Mat Tiga Suku, Mat Raja Kapor dan Mat Magic sentiasa menjadi filem malar segar sehingga sekarang.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa terdapat tragedi menyedihkan berlaku ketika penggambaran filem arahan Mat Sentul pada tahun 1977. Menurut arkib Utusan Malaysia, pada 9 Mac 1977, dua anggota tentera terbunuh apabila sebutir alat peletup meletup ketika penggambaran filem Penagih Dadah.

Filem yang diterbitkan oleh kerajaan negeri Johor yang diarahkan oleh Mat Sentul itu dibintangi oleh Jefrydin dan Sukarni Jaafar.

Kejadian letupan ini terjadi ketika sesi penggambaran babak pertembungan segerombolan sembilan penyeludup dadah dengan pasukan Relawati. Ketika itu, kedua dua anggota tentera itu menolong memasang alat letupan dengan kerjasama pihak tentera.

Filem Penagih Dadah ditayangkan pada 1979 dan pembikinan filem ini menelan belanja RM200 ribu!

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan