Jalan Cerita 'Jaane Jaan' Mirip Filem 'Drishyam'? Ini Sebabnya!

Netflix baru menayangkan filem thriller penyiasatan bertajuk Jaane Jaan yang menampilkan lakonan mantap Kareena Kapoor, Jaideep Alhawat, dan Vijay Varma. Rata-rata memuji filem ini dan membandingkan filem ini yang seakan-akan filem popular, Drishyam yang diterbitkan dalam bahasa Malayalam sebelum dipopularkan dalam beberapa versi.

Sebenarnya, idea untuk kedua dua filem ini datang dari sumber yang sama, iaitu karya Jepun tahun 2005 bertajuk The Devotion of Suspect X tulisan Keigo Highashino. Apa yang membezakannya ialah inspirasi dan adaptasi.

Drishyam yang diterbitkan pertamakali pada 2013 boleh dikatakan sebagai inspirasi dari novel asal. Banyak perkara diubah terutama watak utama dan motif. Namun, perjalanan cerita dimana karakter cuba membina bukti bukti palsu kelihatan jelas diambil dari filem asal. 

Jaane Jaan pula merupakan adaptasi rasmi dari naskah asal. Ini bermakna penerbit Jaane Jaan membeli hak penerbitan filem untuk naskah ini untuk difilemkan. Oleh itu, jalan cerita Jaane Jaan lebih mirip kepada karya asal dan secara rasmi diclaim sebagai adaptasi, dan bukan sekadar inspirasi.

Jadi, bagi korang, korang suka yang mana? Adaptasi atau inspirasi?


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan