Bayaran Pelakon Vin Diesel Untuk Setiap Filem 'Fast and Furious' Memang Masyuk!

Vin Diesel merupakan tonggak kepada Fast and Furious daripada filem pertama. Walaupun tidak muncul dalam filem Tokyo Drift sebagai watak utama, dia turut tampil membawa watak cameo dalam filem berkenaan. Agak-agak, berapa gaji Vin Diesel sepanjang dia membintangi filem Fast and Furious?

Pada 2023, kekayaan Vin Diesel bernilai USD225 juta. Dia membintangi pelbagai francais lain seperti Chronicles of Riddick, XXX, malah menjadi suara Groot dalam tiga filem Guardians of the Galaxy. Tetapi, Fast and Furious ialah francais paling kaya bagi dirinya. 

Menurut sumber, Screenrant, bagi filem The Fast and the Furious yang ditayangkan pada 2001, Vin Diesel menerima bayaran sebanyak USD2 juta. Untuk filem kedua, 2 Fast and 2 Furious, pelakon ini tidak membintanginya. Pelakon ini menolak bayaran USD20 juta bagi membintangi filem ini kerna dia percaya, ketika itu, sekuel akan merosakkan filem asal. 

Untuk cameo filem ketiga, The Fast and the Furious: Tokyo Drift yang ditayangkan pada 2006, dia menolak sebarang bayaran sebaliknya dibayar dengan hak francais filem Chronicle of Riddick yang mana lebih bernilai dari duit.

Untuk filem keempat Fast and Furious, tidak ada jumlah bayaran didedahkan. Namun, Vin Diesel menerima USD15 juta bagi membintangi Fast Five pada 2011. 

Gaji untuk membintangi filem Fast and Furious 6 pada 2013 juga tidak dapat dipastikan namun, bagi Furious 7 yang diterbitkan pada 2015, pelakon ini menerima bayaran sebanyak USD47 juta yang merupakan bayaran tertinggi baginya di dalam francais ini.

Pelakon itu dilaporkan menerima bayaran USD20 juta bagi membintangi filem The Fate of the Furious pada 2017, Fast 9 pada 2021 dan Fast and Furious 10 pada 2023. 

Secara keseluruhan, francais Fast and Furious setakat ini merupakan francais filem ketujuh paling laris di dunia. Dengan kutipan lebih USD 7.3 billion agi keseluruhan francais, filem ini mungkin bakal memotong francais besar seperti Avengers, dengan kutipan USD7.7 billion dan James Bond dengan kutipan USD7.8 billion dalam masa terdekat. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan