Samer Letak Syarat Untuk Bintangi Filem Syahmi Syazli 'Satu Hari Sebelum Raya'

Pengarah filem Satu Hari Sebelum Raya, Syahmi Syazli mendedahkan bahawa pelakonnya yang pernah viral di Facebook, Samer meletakkan syarat untuk terlibat dalam filem berkenaan. Sebelum ini, Samer pernah tular di Facebook kerana menjual pelbagai barang unik kepada Youtuber terkenal itu. Disebabkan popularitinya, Samer lalu ditampilkan dalam filem terbaru Syahmi Syazli.

Menerusi hantaran Facebook di fanpage Syahmi Sazli Production, Syahmi Sazli berkongsi bahawa Samer meletakkan syarat kepadanya untuk terlibat dalam filem berkenaan. Syahmi pula bersetuju dengan syarat tersebut lalu terlibatlah Samer dalam filem pertamanya.

Kalau siapa yg meminati Samer, pasti pernah dengar nama Bulat. Nama yang Samer selalu sebut supaya Mi ambik Bulat ni berlakon.. Bulat ni anak sedara Samer. 
Nak dijadikan cerita, sebelum shooting SHSR bermula, Samer meletakkan syarat supaya Bulat turut berlakon dalam cerita ini. Kalau tidak, Samer tidak mahu berlakon😅 Jadi, Mi bersetuju untuk ambik Bulat berlakon tetapi sebagai watak tambahan. 
Mulanya pada hari kedua shooting, Mi selesaikan babak Bulat sebagai extra pembeli minyak motor. Jadi, ingatkan dah selesai lah. Tapi, lain pula jadinya untuk hari seterusnya. Samer ni dia tak tahu pasal shooting, shooting berlangsung selama 6 hari (untuk scene Samer sahaja). Jadi, dia ingat tiap2 hari shooting itu bermakna berlainan cerita (1 Hari 1 Cerita 😅) 
Setiap hari itu juga lah dia nak Bulat turut berlakon. Aaaa sudohhh. Haha. SHSR ni kisah dalam waktu sehari sahaja. Maka jadi lah Bulat ni ada 4 watak extra berlainan untuk puaskan hati Samer. Hahaha. 
Selepas habis shooting, Samer cakap Bulat dah popular di sekitar Tumpat😅


Satu Hari Sebelum Raya ialah filem pertama Youtuber dari Kelantan itu yang menggunakan tema Hari Raya. Filem itu turut menampilkan pelakon hebat seperti Sheila Mambo, Kamarool Yusoff, Mustapha Kamal dan ramai lagi termasuk penampilan influencer dari Kelantan.

Filem ini mengisahkan tentang Ika lakonan Wanie Rohaimie dan Yoe lakonan Ashrul Hakim (Yoe Parey) yang cuba untuk membeli baju raya namun terpaksa menempuhi pelbagai halangan. Pada masa yang sama, tiga lelaki gangster mengekori mereka tanpa ada sebab yang diketahui.

Satu Hari Sebelum Raya boleh distrim di Netflix. 

Catat Ulasan

0 Ulasan