Kesan Khas Bunyi Dalam Adegan Filem 'Troll' Diambil Dari Satu Permainan Terkenal

Troll merupakan sebuah kisah daripada Norway yang menggunakan mitos troll yang terkenal di negara itu untuk mencipta filem seakan-akan Godzilla. Filem yang diarahkan oleh Roar Uthaug yang pernah mengarahkan reboot Tomb Raider ini mendapat kritikan yang pelbagai apabila ianya sudah mula ditayangkan di Netflix.

Menariknya, beberapa bunyi tentera di dalam filem ini diambil daripada permainan taktikal terkenal. Menurut trivia IMDB, beberapa bunyi jeritan tentera semasa Tidemann menelefon Captain Holm di telefonnya menggunakan kesan khas bunyi daripada permainan Command & Conquer yang diterbitkan pada 1995.

Command and Conquer diterbitkan oleh Westwood Studios dan berkisar tentang perperangan di dunia fiksyen yang mana berperang untuk mendapatkan Tiberium.

 

Troll boleh distrim di Netflix. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan