Chris Evan Tak Sengaja 'Belasah' Muka Ryan Gosling Dengan Pistol Palsu Dalam 'The Gray Man'

Filem Netflix arahan Russo Brothers, The Gray Man sudah pun boleh ditonton di Netflix semenjak 22 Julai 2022 yang lalu. Menampilkan lakonan Ryan Gosling dan juga Chris Evans, filem ini juga terkenal kerana adanya penampilan aktor Tamil terkenal, Dhanush yang membawakan watak pembunuh upahan.

Ramai yang tidak tahu bahawa terdapat kejadian yang tidak disengajakan ketika hari pertama penggambaran filem berkenaan.

 

Menurut Instagram Chris Evans, dia berkongsi tentang insiden dimana dia tidak sengaja mem'belasah' muka Ryan Gosling dengan pistol prop yang dibekalkan. 



Sememangnya filem ini dipenuhi dengan aksi yang cukup padat sekaligus menjadikan filem ini antara filem terbitan Netflix yang termahal.

The Gray Man boleh distrim di Netflix. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan