Alia Bhatt Larikan Diri Selepas Dengar Naratif Filem 'Gangubai Kathiawadi'

Gangubai Kathiawadi merupakan sebuah filem arahan Sanjay Leela Bhansali yang cukup berjaya. Filem yang menampilkan pelakon Alia Bhatt itu mengisahkan tentang seorang pelacur yang memperjuangkan haknya. Ianya diadaptasi daripada buku tulisan Hussain Zaidi, Mafia Queens of Mumbai.



Dalam satu temubual bersama Sanjay Leela Bhansali ketika mempromosikan filem ini pada 2021, pengarah yang terkenal dengan filem Devdas itu turut mendedahkan yang Alia Bhatt terus berlari keluar dari bilik pejabatnya selepas diperdengarkan tentang naratif filem berkenaan.

The first time she heard the narration, she took her bag and ran out of my office. She was wondering what on earth hit her and what kind of role I have offered to her. She just run away. I told my CEO Prerna, listen, I think we have to look out for another actor. Because this... Well, I wanted her to play it

Di saat itu, Sanjay Leela Bhansali memberitahu CEO Bhansali Productions, Prerna Singh bahawa mereka mungkin terpaksa mencari pelakon baru untuk memegang watak pelacur terkenal itu.

Namun, dia akhirnya mendapat panggilan daripada Alia Bhatt dan memberitahu yang dia berminat untuk menyertai filem berkenaan.

Filem ini turut menampilkan Ajay Devgan sebagai mafia Mumbai terkenal, Karim Lala. 

Gangubai Kathiawadi kini boleh distrim di Netflix.

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan